Ahad, November 15, 2009
Hah ... takde gaji mulai Januari 2010? | Nizar News
Udah masuk hari ke-10. Soh jer. Perak teruih lesu. PM 1Malaysia teruih menipu rakyat Perak. UMNO 1Malaysia mesti didahulukan, rakyat bior dilantaknyeler. Makan ker idak, kebulo ker lapo, peduli apa diPM 1Malaysia. PM 1Malaysia bukan pernah hidup susah. Diberanak dan dibesorpun dalam rumah menteri. Yang susah bapaknye. PM 1Malaysia bukan pernah berkubang dalam lumpur. Kalo takat harung lumpur setahun sekali empat lima minit kemudian tangkap gambor masuk tv, buat peronjang aper? Tak kenaipun mana rupa nyamuk dan agas. Kalo kenaipun masih keliru. Langsung tak tahu nak bezakan mana bau cekam, mana bau getah buku. Oleh kerana hidung dan mata udah bermasalah sejak kecil, maka susah senang rakyat adalah masalah rakyat, bukannya kelemahan PM.
Tindakan Mahkamah Persekutuan yang melengahkan tarikh keputusan akan sape MB Perak yang sah telah membuatkan rakyat percaya bahawa keputusan awal telah disediakan, iaitu MB Nizar bukanler MB Perak lagi. Lebih kurang jam 10.00 pagi 5 November 2009, lima hakim Mahkamah Persekutuan telah begitu yakin akan memutuskan akan siapa MB Perak pada hari itu juga. Tetapi sehingga perbicaraan berakhir, dan telah masuk hari ke-10 hari ini, masih tiada sebarang keputusan. 1Malaysia rakyat Perak di permainkan, UMNO diutamakan.
Persepsi rakyat, keputusan untuk mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak sepatutnya telah diumumkan oleh hakim yang bersidang pada petang 5 November 2009. Sebaik MB DPulau diumumkan sebagai MB Perak, MB DPulau dan UMNO akan berpura-pura terkejut dan mengucapkan rasa syukur atas pengesahan tersebut. Tindakan pimpinan UMNO yang sengaja tidak berada di perkarangan mahkamah pada hari tersebut akan mengesahkan betapa terkejutnya UMNO dengan keputusan mahkamah.
Tetapi, semua perancangan dan kehendak UMNO tertangguh...
Hujah peguam MB Nizar dalam perbicaraan telah mematikan semua hujah peguam MB DPulau. Segala alasan penghakiman Mahkamah Rayuan telah berjaya disangkal dengan berkesan oleh peguam MB Nizar. Hakim Mahkamah Persekutuan terencat untuk membaca alasan penghakiman yang telah disediakan. Alasan yang disediakan tidak lagi relevan. Oleh kerana hakim gagal mencari alasan untuk memenangkan MB DPulau, maka helah penangguhan keputusan tanpa tarikh terpaksa diumumkan walaupun hakim sendiri yang berjanji pada sebelah paginya untuk mengumumkan siapa MB Perak yang sah. Jikalau benar hakim terlalu letih kerana sehari suntuk bersidang, takkanler keputusannye tak boleh diumumkan dalam tempoh seminggu? Nampak benor hakim tidak bebas dalam membuat keputusan penghakimannya.
Kesannya, status MB Perak masih tergantung. Bajet 2010 tak tentu hala lagi. Dengor citer pegawai kerajaan yang bertanggungjawab meluluskan kewangan, tidak lagi berani menyainnya. Pegawai ini sanggup menghadapi risiko ditukor atau ‘dipeti aiskan’. Janji mereka tidak disurcaj atau masuk penjara kerana menurut perintah MB DPulau. Menurut perintah UMNO bermakna menyelamatkan UMNO tetapi akan menyebabkan mereka turun naik mahkamah. Silap hari bulan mereka akan menghuni penjara. Menghuni penjara kerana UMNO. Sape sior? Menyelamatkan UMNO umpama melepaskan anjing yang tersepit. Oleh itu pegawai-pegawai kerajaan buat nohen jer akan kehendak UMNO.
Dan lebih parah lagi, gaji pegawai dan kakitangan negeri 2010 masih tak ketahuan sape nak bayor. Tak tahuler kalo pusat boleh tolong bayor. Tapi 1Malaysia bukan ada banyak duit. Buktinya dalam bajet 2010, PM telah jadi buruk siku. Udah bagi mintak balik. Yang kaya hanyaler ‘BN’ melalui PERMATAnye.
Kakitangan kerajaan negeri terutama PBT mula gelisah. Gaji Januari 2010 sape nak bayor? Kebiasaannya gaji mereka untuk tahun akan datang telah diluluskan. Dan memang bajet itu telah diluluskan oleh Sidang DUN UMNO. Persoalannya sah ker sidang tersebut? Jikalau Pegawai Kewangan Negeri tak mahu sain, di mana kakitangan negeri ni nak kerobek duit?
Harap-harap persepsi teman ni tak betui...
Dango Mamamat
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...