Isnin, November 23, 2009
Macamana SPRM nak jadi macam FBI
Oleh - Tok Perak
Banyak pihak kurang setuju tempoh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadkan hanya pada waktu pejabat. Mereka mahu badan bebas itu dibenarkan menyoal siasat sepenjang masa seperti sekarang.
Ramai yang membandingkan SPRM dengan agensi sepertinya di dunia, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, yang dikatakan membenarkan siasatan tanpa had masa.
Baguslah sekiranya tempoh masa menyiasat agensi kita disamakan dengan FBI, CIA dan mana-mana badan penyiasat dunia – boleh soal siasat mana-mana suspek hingga 24 jam.
Tetapi, jangan masa menyiasat saja yang sama dengan FBI dan CIA. Kebebasan menyiasat dan profesionalisme juga hendaklah sama dengan badan-badan penyiasat terkenal dunia. Barulah orang hormat pada SPRM.
Ada orang kata SPRM macam pilih-pilih pihak yang hendak disiasat. Ada siasatan yang dibuat begitu cepat. Buat laporan hari ini, esok atau lusa pegawai SPRM sudah datang siasat.
Contohnya, apabila ada laporan MB Selangor, Khalid Ibrahim beli dan agihkan lembu korban tidak ikut peraturan tahun lalu, SPRM segera siasat, dan dalam masa beberapa hari siasatan beres. Demikian juga kes Khalid guna kereta Lexus sebagai kenderaan rasmi, SPRM siasat serta merta.
Bagaimana pun bekas MB, Khir Toyo, yang diheboh-hebohkan memiliki banglo bernilai berpuluh juta RM, sampai sekarang SPRM macam tangguh-tangguh. SPRM percaya kata-kata Khir bahawa banglo mewah itu berharga hanya RM3 juta. Sekarang orang buat garaj kereta pun juta-juta, masakan ‘mahligai’ itu cuma RM3 juta.
sinarharian
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Salam.
BalasPadamSPRM = Suka Pekena Rakyat Malaysia.
Walaupun idea menukorkan nama SPRM cenggini dah kira idea lapuk - tapi dari interpretasi aku ... sesuai dinamakan diorang ni cenggini. Kita semua asyik dipekena. Selagi kes tu tak kena mengena ngan bab kerajaan2 ni - boleh la jugak telusnya. Tapi, kalu dah masuk yg kena mengena ngan org2 besar, kerajaan ... abes ... fight for your right, with all your might, prepare to be kicked at your ass!
Salam Perjuangan!