Isnin, November 23, 2009

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mercang

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) -- Mayat reput tanpa kepala ditemui di tepi pantai berhampiran jeti Kampung Merchang, Marang dekat sini hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata mayat itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Mayat tanpa pakaian itu tidak dapat dikenalpasti jantinanya dan dipercayai telah hanyut di laut sejak beberapa hari lepas, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati terdapat tatu dalam tulisan Myanmar di belakang badan mayat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat.

-- BERNAMA



Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...