Isnin, November 09, 2009

Orang kawasan nak jumpa Ustaz Azizan | Nizar News



Oleh Afrar Yunus

Kelmarin ada seorang Ustaz secara kebetulan terjumpa saya di Alor Setar. Katanya dia seorang kakitangan kerajaan. Saya jangka dia berkelulusan universiti dalam negeri."Penduduk kampung dok tanya di mana Ustaz Azizan wakil rakyat mereka. Dah lama tak menjengok kawasan dan jika datang pun sukar nak jumpa" kata Ustaz tadi.

"Saya pula jadi jurucakap PAS. Saya maklumkan kepada pak cik tersebut Ustaz Azizan bukan sahaja wakil rakyat tetapi juga seorang Menteri Besar sekarang ini. Sudah tentulah sibuk. Tak bolehlah jumpa macam dulu lagi" jelas Ustaz.

"Nampaknya pak cik tersebut sukar untuk menerima" kata Ustaz.

"Apa beza wakil UMNO dan PAS. Sama sahaja bila dah naik" nada semacam nak marah dari pak cik itu.

Kata Ustaz itu lagi, bukan pak cik itu seorang sahaja yang bertanya. Ramai lagi.

Ustaz pula mengambil kesempatan meluahkan isihatinya. "Dulu budak-budak muda masuk stadium Kedah, siap bawa bendera hijau kuning dan bendera PAS. Sekarang dah tak nampak semangat tu. Budak-budak tu pun dah macam tak seronok dengan PAS ni agaknya" terang Ustaz.

Ustaz melahirkan kebimbangan jika wakil rakyat PAS tidak serius dalam menangani masalah dan kehendak rakyat.

Saya tidak berjanji apa-apa dengan Ustaz berkenaan. Cuma memberitahu, jika saya berkesempatan, bolehlah saya maklumkan kepada mereka yang berkenaan di Wisma Darul Aman tu.

Entahlah, saya masih belum dapat bercakap. Masing-masing sibuk agaknya.

http://alkerohi.blogspot.com/


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Salam Ziarah......

    Ya lah MB ni kan sibuk dok nak bangunkan negeri .Dok sibuk macam mana nak dapatkan hasil kat Negeri apa yang nak diherankan.Tapi betoi juga apa yang dikatakan ustaz tu sibuk-sibuk pun tak kan sampai payah nak jumpa,tak kan sampai tak turun kawasan,dok tengok kot DUN sungai Limau tu tak apa lagi pun pembangunan yang dia dok buat yang ada la ni hasil pemerintahan BN yang dulu........

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...