Selasa, November 10, 2009
PAS Selangor : Tiada Kerjasama Dengan UMNO | Nizar News
SHAH ALAM 9 NOV - Tindakan Umno yang kini dilihat mula menawarkan kerjasama dengan Pas bagi menjalankan ‘Pakatan senyap’ dilihat sebagai menangguk di air keruh.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir berkata walau apa pun tawaran dan cadangan yang dibuat Umno, Pas Selangor tetap dengan pendirian menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan parti berkenaan.
“Umno pun rasanya cuba menangguk di air keruh tetapi saya mengulangi kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat minta kalau Umno betul jujur, minta Umno masuk Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa ‘pakatan senyap’ antara Umno dan Pas amat diperlukan untuk membangunkan Islam dan Melayu di negara ini. Roslan menambah Pas Selangor tidak nampak sebarang manfaat mengadakan perikatan rahsia bersama Umno.
“Kami sekarang ini dari sudut politiknya lonjakan sokongan terhadap kita selepas pilihanraya 2008 ternyata, penolakan rakyat dalam Umno pun ternyata. Pilihan raya kecil yang lepas kecuali di Bagan Pinang jelas rakyat bersama dengan Pas,” katanya.
Isu ‘pakatan senyap’ ini mula diperkatakan apabila pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.
Artikel tersebut menyeru agar Umno dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoal.
Dalam Seminar Politik Pas yang diadakan 7 November lalu, perwakilan meluluskan resolusi untuk mengunci pintu rundingan bersama Umno dengan ketat.
Sehubungan itu, Pas Selangor akan mengambil langkah merapatkan hubungannya dengan Pakatan rakyat. Roslan berkata, rundingan meja bulat dengan DAP akan diteruskan bagi menjamin masa depan rakyat.
“Kita tidak berminta sebab kita telah sepakat meperkukuhakan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan memastikan ianya menjadi gandingan yang dapat memberikan manfaat pada rakyat dan negara.
“Kita akan meneruskan rundingan meja bulat dengan Dap dan mungkin meluaskan dengan PKR sekali untuk pastikan tidak ada ruang perbezaaan antara kita sebab yang pentingnya adalah untuk nasib dan masa depan rakyat di negeri Selangor,” katanya.
utaraonline
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO diibarat seperti 'tahi' PAS pula diibarat sperti makanan yang sedap.
BalasPadamTidak boleh tahi nak dicampur dengan makanan.