Rabu, November 11, 2009
Plaza Jamu Syahwat | Nizar News
-Kompleks lebih 20 tahun lokasi layan nafsu
KUALA TERENGGANU - Orang ramai meminta kerajaan negeri mengambil alih kompleks Plaza Perdana di Jalan Engku Sar, di sini yang dilabel warga tempatan sebagai kawasan hitam kerana menjadi sarang generasi muda melampiaskan nafsu,bercumbu rayu di penjuru agak tersembunyi, minum arak dan penyalahgunaan dadah.
Bangunan lima tingkat yang sudah berusia lebih 20 tahun itu, dulunya cukup terkenal dan menjadi tumpuan ramai sebagai antara kompleks beli belah utama kepada penduduk di bandar raya ini. (Gambar atas - bilik solat plaza itu terpaksa dikunci mengelakkan jadi tempat melepaskan nafsu)
Bagaimanapun, selepas beberapa lama, daya penarik bangunan itu pudar apabila semakin banyak kompleks niaga dibuka dan kegagalan pemilik menyelenggarakannya.
Pengunjung, Ahmad Sufian Wahid, 28, berkata setiap kali singgah di situ, matanya sakit melihatkan gelagat remaja yang berpakaian kurang sopan tanpa segan silu melayan mesra kerenah teman lelaki.
"Pernah juga saya terserempak dengan beberapa pengunjung yang berjalan terhuyung-hayang kerana mabuk dan yang paling menyedihkan, mereka terdiri daripada remaja Islam yang menjadi tonggak harapan negara," katanya.
Tinjauan mendapati suara pengunjung yang kebanyakannya bawah umur terpekik galak berkaraoke walaupun waktu baru menunjukkan jam 11 pagi. Tiada pemantauan daripada pihak berkuasa menyebabkan budak mentah ini berani berpeleseran dengan seragam sekolah.
Pemerhatian di beberapa sudut tangga dan ruang yang terselindung daripada pandangan umum mendapati botol minuman keras pelbagai jenama berselerakan di merata tempat.
Meskipun begitu, di kawasan belakang kompleks pula terdapat satu bilik solat yang dikatakan disediakan untuk pekerja di situ menunaikan ibadat, tetapi malangnya bilik itu sentiasa dikunci.
Bagi Mustaffa Yaakob, 43, pihak berkuasa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja terutama di kalangan umat Islam. (Gambar kanan - antara kekotoran yang terdapat di Plaza tersebut termasuk botol-botol minuman keras)
Antara langkah yang patut dijalankan ialah dengan memantau kewujudan tempat untuk mereka mendapat hiburan murah tanpa kawalan.
"Sebut saja Plaza Perdana, orang ramai sudah maklum kawasan itu sebagai 'kawasan hitam', malah ramai tidak berani mendekatinya lantaran takut nama terjejas walaupun niat saya hanya untuk bergunting rambut di situ.
"Kerajaan negeri patut mengambil alih kompleks plaza itu, daripada terus membiarkannya menjadi antara wadah kepada generasi muda berselindung untuk melepaskan nafsu mereka," katanya sebagaimana dipetik akhbar Berita Harian
Pengunjung, Haris Ismail, 23, berkata, walaupun dia dan rakan-rakan datang untuk memotong rambut dan makan di gerai di kawasan itu, masyarakat memandang sinis kerana mereka beranggapan ia hanyalah tempat untuk berbuat curang atau melakukan aksi ringan-ringan. (Gambar kiri - 'kondom' termasuk kekotoran yang ditemui)
"Saya sudah tidak berani lagi untuk ke sini, apabila melihat sendiri tempat ini 'hidup' dan menjadi lokasi lepak kegemaran remaja liar. Setiap kali masuk ke bangunan ini, tidak sah kalau tidak ternampak remaja bercumbu. Mereka bijak mencari lokasi strategik di sudut tangga untuk memadu asmara," katanya.
Bagi mereka yang biasa melihat pemandangan ini seperti Kartina Abdul Rahim, 42, berkata mereka yang mabuk dan 'lalok' tidak segan silu mengacau orang ramai yang meletak kereta berdekatan dengan plaza ini.
"Saya takut untuk meletak kereta berdekatan dengan kompleks plaza itu, melihat mereka yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah tidak segan silu menganggu ketenteraman orang ramai di situ.
"Justeru, kerajaan negeri patut memikirkan cara terbaik untuk membendung kerosakan akhlak muda mudi di sini, terutama dengan mengambil alih Plaza Perdana untuk ditukar dengan kegiatan lebih berfaedah termasuk pusat jualan barangan usahawan Terengganu," katanya.
buletinonline
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Jangan biar sampai 'Ibu Ayam Katik Pintar' bersarang di situ...kah kah kah kah
BalasPadamJangan biar sampai 'Mak badak pintar' bersembunyi di situ
Kalau Putera Saudi melawat ke situ...nanti kita malu pintar...kah kah kah kah
Jangan sampai Ceupacs buat demo tuntut bonus di situ...kah kah kah kah
Salah tempat...bukan salah moral. Jangan la kelentong Melayu 8 kali seminggu, 7 kali cukup la...kah kah kah kah...kah kah kah
Kalau habis semua Melayu bodo, siapa nak jaga ayam2 katik pintar....sapa nak pasang kelambu badak pintar...kah kah kah kah..kah kah