Sabtu, November 21, 2009
Santokh Singh Kini Koma Di HKL | Nizar News
Santokh Singh ketika bersalam dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum satu perlawanan veteran Piala Sultan Selangor pada tahun 2008.
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh masih koma sejak pengsan di kediamannya empat hari lepas.
Santokh, 57, kini mendapat rawatan pakar di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.
Isteri kepada pemain yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972 itu, Taljit Kaur berkata suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit sebelum pengsan pada kira-kira pukul 11 pagi di kediamannya di Setapak, Isnin lalu.
"Sebelum ini saya lihat beliau begitu sihat malah sempat mengendalikan program kejurulatihan sehari sebelum itu," katanya kepada pemberita di sini hari Jumaat.
Taljit berkata sehingga kini doktor belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi suaminya namun doktor hanya maklumkan Santokh mengalami jangkitan virus.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang mengunjungi Santokh berkata pengorbanan pemain di posisi pertahanan Malaysia pada era kegemilangannya pada tahun 70-an tidak ternilai dan berharap semua peminat bola sepak tempatan mendoakan agar Santokh segera sembuh.
Yang turut hadir melawat beliau ialah Bendahari FAS, S.Siva Sundram dan bekas rakan sepasukan yang pernah bersama beliau dalam skuad Selangor.
"Beliau bukan hanya lagenda bolasepak bagi pasukan Selangor malah boleh dikatakan sebagai lagenda bolasepak Malaysia yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara.
"Bagi membantu Santokh, FAS akan berusaha untuk memberi semua kemudahan yang diperlukan oleh beliau dan keluarga sebagai tanda penghargaan bagi dirinya," katanya.
-- BERNAMA
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...