Khamis, November 26, 2009

Seputih mana YB Kota Seputeh?

Zukri Aksah

Bila disebut putih, yang tergambar di fikiran kita akan maksudnya pada kebiasaan adalah suci, murni, tidak perlu merujuk cendekiawan untuk menakrifkannya. Sementara Kota Seputeh adalah nama sebuah DUN di dalam Negeri Kedah. Yang mewakili rakyat di kawasan ini, kata lainnya memimpin mereka dipanggil wakil rakyat. Tidak payahlah membuat penerangan panjang lebar secara akademik tentang tugas seorang wakil rakyat, semua orang memahaminya sebagai memberi khidmat kepada rakyat.

DUN Kota Seputeh berjaya mencuri perhatian ramai di celah-celah kehangatan polemik dalaman banyak parti politik di negara ini bilamana ADUNnya, Datuk Abu Hassan Sarif dari BN diisytihar terlucut jawatan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abd Isa Ismail dari Pakatan Rakyat kerana kesalahan tidak menghadiri Sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa alasan munasabah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Tetapi surat makluman kekosongan kerusi Kota Seputeh oleh Speaker telah ditolak oleh SPR dan SPR enggan memanggil satu pilihanraya kecil sebagaimana sepatutnya.

Speaker Kedah kemudiannya telah membawa perkara ini ke mahkamah bagi mendapat kepastian takrifan undang-undang. Beliau telah menang di dua peringkat sehingga dalam penghakiman selepas selesai proses rayuan SPR di Mahkamah Tinggi, hakim telah bertindak membenarkan keputusan hakim sebelum ini mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong dan mengarahkan SPR mengeluarkan writ pilihanraya kecil. Namun SPR kemudiannya telah berjaya mendapat perintah penangguhan sementara dari Mahkamah Rayuan sebelum rayuan didengar di mahkamah yang sama.

Bukan proses mahkamah ini yang ingin saya perkatakan. Saya lebih berminat dengan wakil rakyat, tugas dan tanggungjawabnya, apalagi kalau nama tempatnya Kota Seputeh. Tugas wakil rakyat seperti saya katakan tadi adalah untuk berkhidmat, berkhidmat secara putih bersih, secara suci murni untuk rakyat. Sudah tentulah juga antara rutin perkhidmatan suci murni, putih bersih wakil rakyat ini adalah membawa suara rakyat dan membincangkan nasib rakyat sambil mencari kaedah penambahbaikannya di Dewan Undangan Negeri.

Memonteng Sidang DUN seperti lagak pelajar sekolah ponteng kelasnya kerana tidak sukakan gurunya adalah satu tindakan yang kebudak-budakan dan tidak matang. Jika saya seorang pengetua sekolah dan ada pelajar saya ponteng sekolah dua hari berturut-turut, pastinya saya tidak membuang pelajar tersebut, sebabnya cukup mudah, kerana dia pelajar dan sedang belajar, dia harus diajar. Saya tetap menerimanya sebagai pelajar saya dengan kemungkinan beberapa bentuk hukuman.

Tetapi bila seorang wakil rakyat yang statusnya adalah pemimpin melakukan kesalahan yang sama seperti pelajar tadi, apa perlu saya buat andainya saya di tempat Speaker? Pemimpin adalah seorang yang matang dan sangat berpengalaman, sedangkan pelajar adalah seorang yang mentah dan perlukan panduan penghidupan. Dengan perbezaan ketara ini, apakah seorang wakil rakyat patut dilayan seperti pelajar? Mengekalkan kedudukan wakil rakyat kaki ponteng sebagai ADUN tetapi dalam masa yang sama mengenakan hukuman terhadap beliau, hukuman yang macam mana? Rotan di khalayak ramai, ketuk ketampi di khalayak ramai, jemur di tengah panas di khalayak ramai atau menghadiahkan penyapu seperti dibuat Khir Toyo dahulu?

Saya yakin Speaker Kedah tidak terfikir pun penyelesaian-penyelesaian sebegini kerana ia tindakan tidak matang, tidak sesuai dan menjatuhkan maruah wakil rakyat tersebut. Walau bagaimanapun adalah sesuatu yang salah pula untuk Speaker berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku dan membiarkan terus wakil rakyat kaki ponteng ini makan gaji buta. Satu-satunya pilihan yang ada adalah merujuk Abu Hassan Sarif ini kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, ia paling beradab saya kira berbanding dengan merotan atau menjemurnya di tengah panas. Dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah telah sedia memperuntukkan yang seorang wakil rakyat bila bertindak ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut, maka terlucutlah keahliannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, muktamad!

Memanglah saya tidak berhak untuk menilai bahawa Speaker bertindak secara putih bersih, secara suci murni bila mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong tanpa ada sedikit pun prejudis politik. Tetapi yang nyata, faktanya Speaker berjaya mengenepikan emosi politiknya dengan bertindak hanya berdasarkan peruntukan undang-undang, undang-undang yang saya yakin putih bersih dan suci murni, terhindar dari pengaruh kepentingan pihak-pihak tertentu. Sekurang-kurangnya yang menjadi Speaker tahu wakil rakyatnya yang seorang ini ponteng kerana beliau sendiri tidak ponteng.

Sebaliknya pula, saya sebagai rakyat berhak mempersoalkan Abu Hassan Sarif, apakah tindakan beliau bersekali dengan SPR merayu kepada mahkamah untuk terus bergelar wakil rakyat didasari dari niat yang putih bersih dan suci murni untuk menabur khidmat bakti kepada rakyat? Sedangkan pada masa yang sama beliau telah terbukti ponteng khidmat dalam membawa suara dan nasib rakyat ke Dewan Undangan Negeri. Seputih mana YB Kota Seputeh ini?

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...