Khamis, November 05, 2009

SPRM Digesa Siasat Kes Rasuah Berprofil Tinggi | Nizar News



Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadapkan beberapa ahli Pakatan Rakyat dan ahli Barisan Nasional ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam dilihat sebagai kosmetik semata-mata.

Adun Sekinchan Ng Suee Lim berkata SPRM harus memberi keutamaan memburu dan mendakwa jerung-jerung besar dan bukannya memancing kes-kes rasuah kecil-kecilan.

Beliau menggesa SPRM bertindak tegas bukan hanya untuk kes biasa tetapi kes berprofil tinggi seperti PKFZ, kapal selam Scorpene dan mahligai Khir Toyo.

"Ini cukup penting sekiranya kes-kes yang berprofil tinggi ini tidak diambil tindakan dan VIP-VIP yang terlibat tidak berani disentuh maka 10, 20, 30 pendakwaan seperti semalam itu yang saya sifatkan,tegaskan sebagai ikan bilis tidak mungkin dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap peranan SPRM”,katanya.

Ng Suee Lim berkata demikian kepada TV Selangor ketika dihubungi pagi tadi.

Pandangan yang sama turut diberikan Adun Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie.

Menurutnya, banyak lagi kes besar yang perlu diberi perhatian dan ditangani segera yang kini masih lagi tertangguh.

“Jadi walaupun mereka cuba untuk kononnya melakukan tindakan ataupun membawa kepada mahkamah semua pihak melibatkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tetapi ianya belum cukup untuk menenggelamkan tanggapan rakyat bahawa SPRM ini lebih melakukankan usahanya sekadar secara berpilih-pilih dan hanya melihat kes sahaja",katanya.

Bagi Adun Batu Caves, Amiruddin Shahri tindakan yang dilakukan terhadap kedua-dua ahli parti iaitu dari BN dan Pakatan Rakyat itu patut disokong.

Katanya, pegawai dan wakil rakyat yang melakukan kesalahan wajar dikenakan tindakan.

“Yang jelas dan nyata tindakan itu patut disokong terhadap semualah.Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang melakukan kesilapan dan melakukan kesalahan.”,katanya.


tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...