Selasa, November 17, 2009
Ubat rangsangan seks laris | Nizar News
KUALA TERENGGANU – Penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar, mengandu_ngi racun serta perangsang seks di lokasi awam, khususnya di pasar malam negeri ini semakin berleluasa disebabkan ia dikatakan mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.
Penolong Pengarah Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri Terengganu, Tengku Amirul Kamal Tengku Kamarozaman berkata, walaupun pihaknya sentiasa melakukan penguatkuasaan, namun penjualan ubat-ubatan berkenaan masih sukar dikekang kerana adanya pengguna setia.
“Kesedaran mengenai bahaya ubat ini masih kurang dalam diri pembeli, bukan kerana tiada pendedahan tetapi atas sifat mereka sudah terbiasa mengambil bahan terlarang itu yang dikatakan mampu memberi kesan cepat untuk menyembuhkan penyakit.
“Sebagai contoh, pembeli masih setia membeli ubat gout yang dijual di pasar malam secara haram kerana ubat berkenaan memberi tindakan segera,” katanya ketika ditemui sempena pameran di Kompleks Darul Iman, di sini.
Menurutnya, pengambilan ubat gout itu dapat memberi kesan segera kerana ia mengandungi racun jenis steroid dan phenyl butazone tetapi pengambilan ubat terbabit dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan kepada buah pinggang, darah tinggi dan ‘cushing sindrom’ seperti bengkak muka.
“Ubat-ubatan yang tidak berdaftar ini banyak dijual bukan sahaja di pasar malam tetapi juga turut dijual di tepi jalan, kedai runcit termasuk di pasar raya.
:“Bagi membendung penjualan ubat ini, kami sentiasa melakukan penguatkuasaan dan peniaga yang didapati bersalah menjual ubat-ubatan tidak berdaftar boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM25,000 ataupun penjara tidak lebih empat tahun di bawah Akta Jualan Dadah 1952,” katanya.
Sehubungan itu, Tengku Amirul menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat.
Kami nasihatkan pengguna supaya membeli ubat-ubatan di farmasi, elak membeli di pasar malam.
“Kini, kami juga berdepan masalah pemalsuan hologram pendaftaran," katanya.
sinarharian
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
mana tak laris heheh, blog al banjari penuh dengan iklan tu ...
BalasPadamjgn marah wak nanti kena jual...