KUALA LUMPUR: Ibu perlu memainkan peranan penting untuk memberi sokongan dan dorongan kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol atau pencabulan oleh ahli keluarga sendiri.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, terdapat ibu yang cuba menyembunyikan kes rogol dan cabul anak sendiri kerana takut menderhaka kepada suami dan ingin menjaga nama baik keluarga masing-masing.
“Ibu seharusnya menjadi pelindung anak apabila bapa tidak menjalankan tanggungjawab, malah ibu mempunyai kuasa untuk melaporkan perbuatan sumbang suami kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, ibu yang gagal bertindak dan menafikan hak itu akan menyebabkan anak menjadi murung, mengalami tekanan perasaan, pendiam ataupun bertindak agresif sebagai cara meluahkan tekanan dihadapi mereka.
Robiah mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai bapa dan abang kandung yang mencabul darah daging sendiri berusia 13 tahun sejak setahun lalu.
Menurutnya, hampir 300 peratus kes rogol dan pencabulan dikendalinya tahun ini dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.
Kebanyakkan mangsa sukar untuk meluahkan masalah dihadapi diugut oleh pelaku seks yang juga ahli keluarga sendiri seperti mencederakan mangsa, memberhentikan persekolahan atau akan menceraikan ibu jika menyuarakan hal itu.
hmetro
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...