Selasa, November 24, 2009
Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Sokong Keputusan Mahkamah Tinggi
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh mendapat sambutan baik Pakatan Rakyat.
Isnin lalu, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
“Permohonan dan alasan yang diberikan oleh SPR adalah alasan yang tidak munasabah. Pertama, SPR mengatakan perlu ada stay ini kerana kalau ada pilihanraya ia akan membazir wang 200 ribu. Saya difahamkan mahkmah menolak kerana itu adalah tanggungjawab yang terletak dalam perlembagaan,"katanya.
SPR beralasan akan berlaku pertindihan jawatan sekiranya pilihanraya kecil diadakan.
"Pertama sekali saya mengalu-alukan keputusan mahkamah tinggi untuk tidak membenarkan permohonan penggantungan perintahan,"katanya.
Manakala bagi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ramasamy Palanisamy, ujarnya ini bukanlah masanya untuk menoleh kebelakang kepada Pakatan Rakyat dengan melihat kekalahan di Bagan Pinang.
Malah beliau bersama-sama jentera Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang akan turun ke Kedah bagi memberi sokongan padu kepada calon PAS.
“Tidak kisah lah mana. Kita akan terus berjuang. Dan Pulau Pinang tidak jauh dari Kedah. Kita akan turun. Kita akan ulang seperti di Bukit Selambau dan kita membelakangkan isu Bagan Pinang,"katanya.
Manakala Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkeyakinan dapat merampas kerusi DUN Kota Siputeh yang sekian lama menjadi milik Barisan Nasional.
"Pada saya jentera pilihanraya telah bersedia apabila speaker mengumumkan kekosongan itu, kami telah bersedia, kita akan turun habis-habisan mengambil kerusi itu walaupun belum pernah memenangi kerusi tersebut tetapi kita yakin dengan prestasi kerajaan sedia ada,”katanya.
Peguam adun terbabit bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.
tvs
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...