Sabtu, Disember 12, 2009
Anggota polis bunuh diri
GUA MUSANG – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan bertugas di cawa- ngan tatatertib Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, ditemui mati di lorong belakang lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, petang kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mendiang Marimutthu Manikam, 46, masih bujang ditemui seorang anggota dalam keadaan terbaring ketika melalui kawasan tersebut.
Menurutnya, hasil risikan dipercayai mendiang membunuh diri kerana mempu- nyai masalah peribadi dengan teman wanitanya dan kejadian turut dipercayai berlaku tengah hari.
“Berdasarkan kepada laporan forensik, kita percaya kejadian berlaku ketika rehat jika dilihat dari segi laporan darah, kedudukan darah serta kepekatannya,” katanya pada sidang media di pekarangan rumah mayat Hospital Gua Musang, malam kelmarin.
Abdul Rahim berkata, pada hari kejadian mendiang mengambil senjata di Ambra jam 7.40 pagi dengan alasan mahu ke Lojing.
“Sebelum meninggal juga, mendiang menulis surat pesanan kepada beberapa pegawai polis, termasuk saya, supaya menguruskan dirinya sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya, kerana itulah saya bergegas ke sini sebaik mengetahuinya,” katanya.
Abdul Rahim berkata, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah; Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan, Asistan Superintendan Balar dari Ibu Pejabat Polis Kelantan dan Inspektor Velu adalah nama yang diwasiatkan mendiang supaya ’menguruskan dirinya’.
Menurutnya, surat tersebut ditemui dalam bilik mendiang dan masih belum diserahkan kepada pegawai yang tersenarai.
sinarharian
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...