Selasa, Disember 08, 2009

Berita sengal pagi Selasa



AGAK-AGAK LA KALAU NAK BUAT LAWAK PUN BEB... KAH KAH KAH....TAK PAYAH KEMAHIRAN PUN BOLEH BIKIN BLOG MACAM KACANG PARPU TU BEB...


Puteri UMNO Perlu Ada Kemahiran Tulis Blog - Shahanim

SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO.

"Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.

Katanya, pergerakan puteri UMNO di peringkat bahagian juga digalakkan mempunyai laman blog masing-masing bagi menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai UMNO kepada rakyat di kawasan masing-masing,

Kursus penulisan berita dan blog itu dianjur bersama pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) cawangan negeri Kedah.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Salam sdr.

    Betul-betul lucu. Dah tua bangka masih tak tahu menulis? Cucu sedara aku dah umur 9 tahun dah ada blog.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...