Khamis, Disember 03, 2009
BTN, Wajah Hodoh Umno
Oleh Zolkharnain Abidin
Jangan tanya pemimpin Umno mengenai isi kursus BTN, tetapi tanyalah kepada mereka yang pernah mengikuti kursus berkenaan. Seorang sahabat memberitahu, “Semasa kursus berjalan, kalau nampak ada orang Cina yang lalu berdekatan tempat kursus, macam nak kejar dan tumbuk Cina tu.”“Selesai kursus, kalau nampak Cina, rasa nak bertumbuk dengan dia saja,” getus seorang sahabat lagi.
Bila isu kursus BTN dibangkitkan barulah kabinet gelabah dan semua isi kandungan kursus yang berjalan selama ini dibubarkan.
Bukankah dengan tindakan itu kita boleh memahami bahawa memang sebenarnya isi kandungan kursus itu selama ini adalah seperti yang dirungutkan oleh orang ramai?
Kalau isi kandungan kursus itu baik dan bagus, mengapa perlu dibubarkan? Dan diganti pula dengan silibus 1 Malaysia. Apa tu? Kalau sesuatu itu bagus, biarkan berusia seribu tahun pun dia tetap bagus.
Betul, Umno memang parti perkauman. Bacalah perlembagaan parti itu. Parti itu bernafas dengan semangat perkauman dari dulu sampai sekarang.
Tetapi, perkauman parti itu tidak membawa orang Melayu kemana-mana pun. Orang paling kaya dalam negara ini adalah orang bukan Melayu, walau pun ‘dulu, kini dan selamanya’, Umno mengaku ia adalah parti Melayu. Nasib baik masih ada ‘Keretapi Tanah Melayu’.
Tembelang Umno pecah satu demi satu. Rupanya selama ini, Umno bukan kuat sangat pun. Parti itu hanya bergantung kepada jentera kerajaan untuk memastikan rakyat menyokongnya. Kalau harapkan jentera sendiri sudah lama Umno ditandai dengan nisan.
Banyak lagi tembelang Umno perlu dipecahkan. RTM, KEMAS termasuk Tadika KEMAS, Penerangan, Tadika-tadika Perpaduan, semua itu adalah agensi kerajaan. Agensi itulah yang ‘mengindoktrinasi’ masyarakat supaya melihat Umno sebagai bagus.
Selepas ini diharapkan supaya ada tindakan susulan terhadap tindakan ke atas agensi lain selepas BTN oleh kerajaan Selangor. Ke atas Tadika KEMAS dan Tadika Perpaduan, misalnya. Kedua-dua pusat didikan itu juga adalah pusat indoktrinasi Umno.
Tadika KEMAS dan Tadika Perpaduan tidak tahu buat apa-apa kecuali mengajar menyanyi dan menyanyi dan menyanyi. Lagunya adalah Chan Malichan Ketipang Payung dan Enjit-enjit Semut.
Hanya kebelakangan ini sahaja, ada inisiatif daripada beberapa buah tadika seperti itu yang mula mengajar doa-doa kepada anak-anak setelah melihat kejayaan tadika-tadika Islam seperti PASTI milik PAS atau TASKI milik ABIM.
Mereka buat itu semua pun bukan kerana kesedaran dan tanggungjawab pendidikan tetapi untuk menyaingi PASTI dan TASKI.
Wajah Umno semakin buruk selepas cadur yang menutupinya tersingkap. Itu baru muka, belum lagi tersingkap dadanya, lengannya, perutnya, pehanya dan …
http://bongkarsauh.blogspot.com/
detikdaily
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...