Rabu, Disember 16, 2009

DAP buat aduan polis terhadap Utusan Malaysia

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran membuat aduan polis terhadap Utusan Malaysia berhubung rencana ‘Malaysia Menuju republik’ yang disiarkan pada Ahad lalu.

Penulis Awang Selamat dalam kolumnya menuduh DAP mahu menukar Malaysia kepada negara republik, bermula dengan mempertikaikan isu ketuanan Melayu.

Kulasegaran berkata pihaknya kesal Utusan Malaysia menggunakan sentimen perkauman untuk meningkatkan penjualan akhbar tersebut.

"Saya membuat aduan polis hari ini terhadap Utusan Malaysia setelah menyiarkan artikel penulis Awang Selamat yang berbaur hasutan dan tidak bertanggungjawab serta boleh menyebabkan timbul masalah kaum dan kurang senang masyarakat di negara ini," kata beliau.

Ahli Parlimen Ipoh Barat ini memfailkan laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, petang semalam.

Kulasegaran menegur Utusan Malaysia supaya menghentikan retorik perkauman jumud, dan mendapat semangat 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Utusan Malaysia dan Awang Selamat hendaklah berhenti bermain dengan api. Jika mereka masih mahu meneruskan pertuduhan palsu dan propaganda politik terhadap saya dan DAP, mereka harus membaca dahulu apa yang diperkatakan oleh Ahmad Nazri dan Lim Keng Yek tentang ketuanan Melayu," ujar beliau.

tvs

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...