Isnin, Disember 14, 2009

Jangan leka kejayaan singkirkan Thailand



VIENTIANE- Pemain-pemain Malaysia diingatkan jangan berpuas hati dengan kejayaan menumpaskan juara bertahan sebanyak lapan edisi Sukan SEA, Thailand, tetapi menumpukan perhatian ketika menentang tuan rumah, Laos pada perlawanan separuh akhir esok.

Ketua jurulatih kebangsaan K.Rajagobal berkata antara cabaran yang perlu diberi perhatian esok ialah menumpukan seluruh perhatian kepada permainan ketika Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, di sini dijangka dipenuhi 20,000 penyokong tuan rumah.

"Jangan hiraukan penonton dan ingat, pasukan yang mara ke separuh akhir mempunyai kekuatannya tersendiri dan jangan terbawa-bawa dengan kejayaan menundukkan juara bertahan sebanyak lapan edisi temasya ini, Thailand," katanya selepas sesi latihan ringan skuad Malaysia di padang Persekutuan Bolasepak Laos, di sini hari ini.

Malaysia yang sebelum ini tidak diberikan harapan untuk mara ke separuh akhir terutama apabila bertemu Thailand yang telah 36 tahun tidak pernah terlepas menjadi semifinalis acara bola sepak dalam sejarah temasya ini, akhirnya menumpaskan pasukan itu 2-1 pada perlawanan Jumaat lepas.

Perlawanan menentang pasukan Gajah Putih itu yang akan berlangsung esok pada pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) dijangka disiar secara langsung menerusi TV2, RTM hasil kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Rajagobal berkata beliau kini kehilangan tiga pemainnya, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Amirulhadi Zainal yang digantung satu perlawanan selepas masing-masing mendapat kad kuning kedua pada perlawanan menentang Thailand.

Selain itu, katanya penyerang Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang kini boleh bermain selepas tamat penggantungan dua perlawanan, masih mengalami sakit mata.

Difahamkan penyerang yang mendapat kad merah pada perlawanan menentang Vietnam itu, kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut.

"Saya sentiasa berhubung dengannya dan menurut Mohamad Zaquan Adha, beliau kini semakin pulih selepas pemeriksaan lanjut pagi tadi," katanya.

Ditanya mengenai usaha untuk membawa pemain itu kembali ke sini, Rajagobal berkata segalanya bergantung kepada kesihatan dan jadual penerbangan ke bandar ini.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Vietnam akan bertemu Singapura pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Chou Anouvong, dekat sini pada waktu yang sama dengan perlawanan Malaysia menentang Laos.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...