Isnin, Disember 07, 2009
Jemaah haji bungkus badan dengan plastik sampah
KUALA NERUS – Kegembiraan dan kesyuku-ran jelas terpancar pada wajah 353 jemaah haji negeri ini, apabila mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dengan menaiki penerbangan KT10 kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.
Malah, kepulangan mereka dinanti dengan penuh debar oleh ahli keluarga setelah berminggu-minggu berpisah demi menunaikan tuntutan Rukun Islam Kelima di Tanah Suci Mekah, selain ingin berkongsi pe-ngalaman yang berbeza diperoleh setiap jemaah.
Menurut Asnani Md Rasid, 48, pertama kali menunaikan fardu haji memberi pengalaman yang tidak terhingga bagi dirinya, tambahan pula dalam keadaan banjir di Arafah.
“Walaupun banjir, namun itu bukan halangan buat saya dan juga jemaah lain meneruskan ibadat kami, sebaliknya kita perlu melihat dalam sudut lebih positif, di mana setiap kebaikan yang ingin diperoleh perlu melalui cabaran terlebih dahulu.
“Malah, ketika di Padang Arafah kami terpaksa tidur dan membungkus sebahagian badan menggunakan plastik sampah bagi mengelak barangan terutamanya kain sembahyang daripada dibasahi air hujan,” katanya yang bertugas di Terengganu fm sebagai penerbit rancangan.
Menurutnya, jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, sudah pasti akan menjejak kaki lagi ke Tanah Suci kerana suasana dan ketenangan yang diperoleh ketika berada di sana amat berbeza sekali.
Seorang lagi jemaah yang ditemui, Wan Deraman Wan Ahmad, 63, berkata, meskipun telah tiga kali menjejak kaki ke Mekah, namun dirinya belum ‘puas’, malah tetap menanamkan impian untuk berkunjung lagi.
“Keistimewaan dan ketenangan yang dirasai ketika berada di sana (Tanah Suci) sukar untuk digambarkan dan saya percaya bahawa sesiapa sahaja yang telah pergi ke Mekah, pasti memasang impian untuk pergi lagi.
“Malah, kunjungan saya kali ketiga ini juga membawa saya kepada penga-laman di mana terpaksa berhadapan dengan banjir, namun perkara itu dianggap sebagai rahmat Allah SWT,” katanya.
Menurut, meskipun rombongan jemaah haji pada tahun ini sedikit ‘tercalar’ dengan wabak Infleunza A (H1N1), namun perkara itu sama sekali tidak meresahkan mereka, selain harapan agar diberikan haji mabrur.
“Demam dan batuk sikit-sikit itu adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara yang mempunyai perubahan cuaca berbeza dan Alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telari, Manir.
sinarharian
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...