Rakyat Kelantan bakal merasai kemewahan dan keselesaan sekiranya Kerajaan Persekutuan mengembalikan kesemua royalti minyak kepada negeri itu.
ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata ditambah dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tidak mustahil Kelantan menjadi negeri terkaya dengan hasil royalti yang ada.
“Hak rakyat Kelantan yang berhak menerima 5 peratus royalti minyak dan kita percaya dengan kepimpinan amanah tok guru Nik Aziz royalti ini sudah cukup menjadikan rakyat Kelantan termewah kerana setiap sen, setiap peratus hasil daripada royalti itu akan dicurahkan semula kepada rakyat,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pidato Rakyat: Antara royalty dan ehsan: Siapa pengkhianat bangsa?
Saari berkata, keyakinan itu timbul kerana Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz tidak menghadapi sebarang masalah rasuah, penyelewengan dan tiada ketirisan dalam pentadbiran
Katanya, situasi ini sangat berbeza dengan pimpinan pusat di bawah Barisan Nasional yang melakukan pengkhianatan dengan menyekat royalti minyak Kelantan sehingga memaksa Nik Aziz berdoa atas penganiayaan tersebut.
“Kezaliman yang sedang dilakukan dalam Umno, Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Najib Tun Razak yang mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai, digubal oleh ayahandanya sendiri, Tun Razak bin Hussein. Tentang perjanjian petroleum di negeri-negeri yang pesisir pantainya ada minyak. Dia sendiri mengkhianati perjanjian yang dibuat ayahandanya sendiri,"katanya
tvs
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...