Rabu, Disember 02, 2009

Kenapa taknak haramkan terus rokok ?



WALAUPUN AKU PEROKOK TEGAR,AKU SYORKAN KERAJAAN HARAMKAN TERUS PENJUALAN ROKOK.BUAT APA NAK JUAL LAGI KALAU DAH TERPAKSA BUAT MACAM-MACAM PERATURAN.UNDANG-UNDANG BOLEH BUAT TAPI SAPA NAK KAWAL KALAU ADA KEDAI YANG JUAL ROKOK BATANG?

SELAGI DOK JUAL,SELAGI TU LAH AKU AKAN BELI. HANGPA BUBUH LA BERAPA BATANG PUN.HANGPA NAIK LA HARGA BERAPA PUN.ORANG TETAP AKAN BELI JUGAK.SELAGI ADA PRODUCT SELAGI ITU ADA BUYERS.

HANGPA SURUH AKU BELI DUNHILL 20's AKU BOLEH BELI,CUMA BEZANYA DUNHILL 20's TAK SAMA KOWNYA DENGAN DUNHILL 14's.KALAU DULU DUNHILL 7 LAGILAH KOW.TAPI SAYANGNYA DUNHILL 7's DAH DIKUBURKAN BUAT SELAMANYA.

KALAU LANI AKU HISAP 14 BATANG SEHARI,DENGAN BERKUATKUASA UNDANG-UNDANG BARU BULAN 6 TAHUN DEPAN,AKU DIJANGKA HISAP 20 BATANG SEHARI..MAMPUIH..TU YANG AKU SURUH HANGPA HARAMKAN TERUIH LAGI SENANG.


Penjualan Paket Rokok Kurang 20 Batang Dilarang Mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat tersebut.

"Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada 23 Sept 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok," katanya.

Liow berkata sehubungan dengan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Menurut beliau lagi, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan," katanya. BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. wa dah berhenti hisap rokok dalam 8 bulan kot..tapi balun tembakau..balut..murah cap gambar rm2 aje sebks..boleh tahan 2 hari..ok juga..kalau diharamkan jual no prob..bukan boleh mati kalau tak hisap...

    BalasPadam
  2. mamat edyes..kenapa lari tajuk..fening ke

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...