Sabtu, Disember 19, 2009
Kontroversi pernikahan antara Bung-Zizie - 'Jangan rahsiakan apa-apa'
Oleh JUNHAIRI ALYASA
KUALA LUMPUR - "Kita perlu beri kebebasan kepada dia (Bung Moktar) untuk buat keputusan, sebab inikan soal hidup dia jadi kita serah kepada dia."
Demikian kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang akan membuat pengumuman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau sudah berkahwin dengan pelakon popular, Zizie Ezette, apabila tiba masanya kelak.
Mohamad memberitahu, beliau gembira sekiranya sahabat baiknya itu juga kini sedang berbahagia dengan pilihan hati.
"Sebagai sahabat kalau dia bahagia saya juga bahagia dan memang saya sendiri cakap kepada dia supaya jangan merahsiakan apa-apa kepada pihak media," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Spekulasi pernikahan Zizie dan Bung Moktar tersebar minggu lalu apabila mereka dikatakan melangsungkan pernikahan secara rahsia minggu lepas.
kosmo
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
radin nie buang masa jee.......
BalasPadam