Khamis, Disember 31, 2009
Letupan bom di Pattani menjelang tahun baru
YALA - Dua askar maut dalam letupan bom di Pattani ketika kawalan keselamatan ditingkatkan menjelang tahun baru dan ulang tahun keenam pemberontakan di selatan Thailand.
Polis berkata, letupan itu memusnahkan sebuah trak yang membawa lima askar ketika mereka sedang meronda di laluan yang digunakan guru-guru di wilayah itu.
Dua askar maut di tempat kejadian manakala tiga rakan mereka cedera parah.
Polis berkata, bom itu mengandungi bahan letupan seberat 15 kilogram dan diletupkan dari jarak jauh dengan menggunakan telefon bimbit.
Kabinet mengadakan mesyuarat semalam berikutan kebimbangan militan mungkin melancarkan serangan sempena tahun baru.
"Semua pegawai keselamatan meningkatkan langkah berjaga-jaga sempena cuti tahun baru," kata ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda.
Beliau mempertahankan tindakan kerajaan mendaftarkan motosikal dan kereta dengan kod khas di selatan Thailand selepas beberapa pemilik mendapati kenderaan mereka dimusnahkan.
"Satu-satunya kumpulan yang tidak bersetuju dengan tindakan itu ialah militan," katanya.
sinarharian
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...