KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Lima sekawan termasuk tiga wanita yang sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini ditemui dalam keadaan selamat petang Sabtu.
Mangsa dikenali sebagai Chai Choon Yan, 25, Phua Shir Leng, 25, Chan Pooy Yee, 25, Yap Kian Fatt, 24, dan Yap Aik Keong, 24, selamat turun pada kira-kira 6 petang tadi.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Leftenan Muda Sharul Kamar Mohd Johari berkata mereka yang mendaki Bukit Tabur melalui Empangan Klang Gate itu kira-kira pukul 9 pagi tadi, sesat berikutan keadaan hutan yang berkabus tebal dan hujan lebat.
"Mereka naik ke bukit itu tanpa membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan. Kita hanya tahu mereka sesat apabila menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.40 petang yang mengatakan seorang daripada mereka cedera dan mereka gagal mencari jalan pulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata ketika pasukan penyelamat menemui mereka pada kira-kira pukul 4 petang, mangsa yang cedera iaitu Aik Keong hanya mengalami kekejangan kaki kanan dan sukar berjalan manakala mangsa yang lain kelihatan dalam kebingungan dan keletihan.
Katanya mereka akan dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk diambil keterangan.
Seramai 30 anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JPAM terbabit dalam operasi itu.
-- BERNAMA
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...