Ahad, Disember 06, 2009

Minta Bantuan PKR, SPRM Belum Sedia Selesai Kes PI Bala



Shah Alam, 5 Dis - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat masih belum bersedia menangani kes rakaman pengakuan P Balasubramaniam mengenai hubungan Perdana Menteri Najib Razak dengan wanita mongolia Altantuya Shaaribuu.

Tindakan itu jelas apabila suruhanjaya berkenaan meminta bantuan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesan Bala bagi membolehkan SPRM menyelesaikan antara kes terpenting negara itu.

Ahli palimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, SPRM sepatutnya lebih kehadapan dalam hal ini kerana kisah Bala telah lama menghiasi ruang maya sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

“Pada pandangan saya ini adalah reaksi SPRM yang dilihat tidak bersedia, dan tidak melihat isu Bala ini sebagai sesuatu isu yang amat penting kerana pada pandangan saya, isu Bala ini telah timbul sejak sekian lama,”katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai, tindakan SPRM meminta bantuan PKR untuk mengesan Bala apabila laporan berkenaan video klip pengakuan penyiasat persendirian itu dilaporkan kepada suruhanjaya berkenaan oleh Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat 2 Disember lalu.

Sebagai seorang peguam, Yusmadi berpandangan dari sudut perundangan SPRM boleh mengemukakan permintaan untuk mendapatkan bantuan seperti itu.

Namun katanya, sebagai badanpenyiasat yang lebih arif dan kes berkenaan turut melibatkan reputasi Najib, SPRM sewajarnya bertidak pantas menyelesaikan kes tersebut.

“Pada pandangan saya, apabila SPRM memerlukan bantuan, ia betul dari segi perundangan sesiapa sahaja boleh membantu untuk memberikan kerjasama cumanya di sini, saya melihat di sini sepatutnya SPRM itu lebih proaktif. Sepatutnya menunjukkan kelebihannya sebagai badan yang telah diangkat sebagai suruhanjaya untuk menyelesaikan permasalahan rasuah dalam negara.

“Dia (SPRM) bukan sahaja lebih tahu pada pandangan saya, tetapi dia (SPRM) patut lebih lengkap dari segi kepakaran dia (SPRM),”katanya.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan berhubung laporan yang telah dibuat pemuda pakatan lalu diminta SPRM mengesan Bala.

Bala telah menghilangkan diri bersama keluarganya, sebelum muncul kembali tahun ini dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan Bala bersama 3 orang peguam membuktikan adanya usaha untuk menutupi hubungan Najib dan Altantuya Shaaribuu melalui sogokan wang bernilai RM5 juta.


selangorkini



Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Dengan haq Ismul 'Adzam pohon tutupkanlah ya Allah segala jalan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Demi keagungan Asma-u-lhusna pohon ya Robbana lumpuhkan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Dengan Nama Tuhan bagi Muhammad dan sekelian Nabi Rasul a.s.w.s.; minggir engkau (noor-M-mu) hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... gelap seluruh sudut mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...