Ahad, Disember 27, 2009

Papago



Adik gua baru rembat seketol Papago dua hari lepas di Ipoh. Entah apa jenis binatang gua tak pernah tahu sampai la dia balik rumah tunjuk depan muka gua. Rupanya Papago ni budak gps. Berlagak betol dia dengan Papago tu.

Selain Papago, beliau juga membawa pulang beberapa berkas pampers jenama bukan bukan yang di packing secara bukan bukan juga. Bab pampers ni gua tak berapa nak peduli sebab adik gua dalam diam dah masuk sindiket Pampers tiga liter tajaan seorang kawan gua,Ismail. Menurut cerita adik gua, pampers yang dibawah jagaan Ismail setiap satunya boleh menampung air kencing sampai tiga liter. Gua dengar pun goyah beb, kalau pampers Ismail boleh sorok air kencing sampai tiga liter, macam mana pula Mamy Poko nak cari rezeki?.
Selain menjadi brader Pampers, Ismail juga bekerja sebagai cikgu tetap di sekolah Cina di Ipoh. 5 tahun lepas dia cuma kerja salesman jam tangan area medan selera sekitar Kajang. Tup tup sekarang dah jadi cikgu dan menjadi hero Pampers indie peringkat Ipoh. Kagum juga gua dengan keazaman Ismail.
Tak pasal pasal juga adik gua dapat jawatan runner Pampers indie kawasan Tanjung Malim. Perghh lepas ni anak gua yang Faseeh tu bolehla buat part time jual pampers dekat kawan kawan rumah pengasuh dia sambil hisap susu jenama mahal sikit.

Gua doakan Ismail dan adik gua boleh beli BMW 5 siri sebelum gua masuk campur.

Kembali pada cerita Papago,
Gua belek dan kerobek sikit sikit, mana lah tahu kalau Papago adik gua ni boleh bertukar jadi home theather jenama Pioneer.Sedap juga dapat letak di ruang tamu.

Nak test punya hal, kelmarin gua sambar dia punya Papago sorok dalam poket seluar. Cepat cepat gua start enjin kereta bergerak menuju ke Kampung Ulu Slim.Papago gua kasi setting menuju destinasi.Gua kasi on dan taip Kampung Ulu Slim. Saja gua pilih Kampung Ulu Slim supaya Papago dapat mencabar dirinya sendiri dengan mengesan tempat tempat jurassic dipedalaman bajaran Titiwangsa. Masa kereta mula bergerak, Papago eksyen tunjuk gua jalan hala ke ulu slim, Gua tahu jalan yang Papago tunjuk tu sebenarnya jalan budak luar. Unutk permulaan, gua pura pura ikut arahan Papago. Nampaknya Papago tak kenal siapa gua, dia ingat gua budak KL.

Tengah sedap Papago menunjuk arah, sampai di persimpangan Behrang Ulu, gua lencong kereta ikut jalan lama pegi ulu slim yang dah kena block. Gua tahu jalan lama ni memang tak masuk peta Tanjong Malim sejak edisi 2005. Sengaja gua nak uji jatidiri Papago. Baru lima puluh meter bergerak ikut jalan rare,Papago dah jadi huru hara mencari jalan kebenaran. Sekejap dia suruh gua ke kanan, sekejap dia 'recalculate'. Peta belagak yang dia tunjuk sebentar tadi dah jadi tak tentu hala dan berunsur khurafat. Arahan arahan yang Papago beri pada gua pula semuanya berbunyi merepek dan menjurus pada pelanggaran pokok getah yang boleh menyebabkan cedera di kepala.

Semakin jauh gua memandu ikut jalan lama, semakin sesat ajaran yang Papago berikan pada gua. Papago masih ingat dirinya betol dan menyalahkan gua.Kehkehkeh...licik juga gua memperdayakan Papago. Sampai di kawasan berhampiran Sungai Bil, gua pusing balik kereta. Tak sampai hati pula gua nak menganjing Papago lama lama.

Sambil memandu pegang stereng dua jari, gua hantar pesanan ringkas pada adik gua:

"berapa lu beli Papago ni?"

Adik gua reply:

"Lima rat.."

Gua sengih tajam sepanjang perjalanan pulang.

+++

"Papago...Papago..dekat Kolumpo lu boleh la berlagak bai".

fdausamad


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. lu punya artikel hansem la.
    garmin gua pun turut tersengih...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...