Ahad, Disember 13, 2009
Penduduk Yahudi ceroboh masjid
DUA penduduk Palestin melihat beberapa kitab al-Quran yang hangus dibakar di sebuah masjid di perkampungan Yasuf, Tebing Barat semalam.
YASUF, Tebing Barat - Sebuah masjid penduduk Palestin menjadi mangsa vandalisme awal semalam apabila beberapa sejadah dan al-Quran hangus dibakar.
Perbuatan biadab itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan peneroka haram Yahudi yang marah berhubung rancangan pentadbiran Israel yang membekukan pembinaan penempatan baru di wilayah Palestin.
Antara vandalisme yang dilakukan itu ialah terdapat contengan dalam tulisan Hebrew iaitu tulisan Yahudi pada lantai masjid berkenaan.
Polis Israel dan gabenor sebuah daerah Palestin, Munir Abushi berkata, para penyerang itu memasuki perkampungan Yasuf di utara Tebing Barat sebelum subuh semalam.
Mereka kemudian membakar sejadah dan sebuah rak buku yang menyimpan kitab al-Quran sebelum melarikan diri.
Tentera Israel menyatakan, pihaknya memandang serius insiden itu dan sedang melakukan siasatan bersama pihak polis.
Setelah mengetahui tentang perbuatan vandalisme itu, penduduk kampung Yasuf bertindak melontar batu ke arah pasukan keselamatan Israel yang memasuki kampung mereka.
Menurut Munir, dua penduduk kampung cedera dalam pergelutan itu. - AP
kosmo
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...