Khamis, Disember 03, 2009
SELAMATKAH MENYIMPAN WANG DI MAYBANK?
Oleh: MAIL MATHEW
SEORANG surirumah warga tempatan, Layun binte Lakai 43, berasal dari Kg Samin dekat sini merasa kesal terhadap sikap pengurusan Maybank Sipitang yang telah berjanji akan memulangkan semula wangnya dalam akaun simpanan yang telah hilang kira-kira lebih setahun lalu namun harapan yang diberikan tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Katanya, beliau menganggap wang yang hilang sebanyak RM530.00 dari akaun simpanannya telah memberi kesan kemudaratan terhadap fizikalnya yang meliputi tekanan fikiran dan emosi beliau.
Layun yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan swasta berkata demikian kepada Sabahkini.net sebagai jalan keluar untuk meluahkan kisah penderitaannya itu agar masalahnya itu mendapat perhatian pihak tertentu.
“Saya sudah melaporkan masalah ini kepada pihak pihak berwajib seperti Polis, dan kepada pengurusan bank terbabit tetapi hanya ditaburkan dengan janji-janji kononnya mereka akan uruskan masalah tersebut tetapi sehingga sekarang sudah lebih satu tahun masalah tersebut belum lagi selesai. Saya bingung kerana amat memerlukan wang tersebut,” tegas Layun yang kesal dengan kejadian tersebut.
“Saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya terjadi kepada wang saya itu? Kenapa memakan masa sebegitu lama untuk diselesaikan,” tambahnya lagi.
Kehilangan wang tersebut mula disedari oleh Layun, apabila beliau hendak mengeluarkan wangnya melalui kad ATM, di sini (Sipitang) pada Disember 1, 2008, di mana beliau mendapati wang dalam akaunnya sudah terlalu berkurangan kecuali beberapa ringgit sahaja.
Menurutnya, beliau terpaksa membuat bayaran hampir RM50.00 kepada bank itu untuk mendapatkan maklumat transaksi pengeluaran wang yang hilang itu daripada akaunnya seperti yang dikehendaki pihak bank terbabit.
“Ini bermakna masalah saya jadi dua perkara….di mana wang saya dikeluarkan oleh orang lain dan yang satu lagi saya dikenakan bayaran oleh bank untuk mendapatkan maklumat pengeluaran wang tersebut,” keluhnya.
Berdasarkan laporan penyiasatan awal, pihak Maybank mendapati pengeluaran tersebut dibuat oleh seseorang bernama Rusma Wati Wahid, di Semanjung Malaysia pada November 30, 2008.
“Bagaimana orang ini tahu akaun saya ada duit?” tanyanya.
Ekoran kejadian itu Layun yang berada di sini ketika kejadian telah membuat laporan polis, di Ibu pejabat Polis, daerah Sipitang, pada Disember 2, 2008 untuk tindakan seterusnya.
Menurut Layun, wang tersebut dikirim oleh anak perempuannya yang bekerja di Genting Highland untuk perbelanjaan persediaan menyambut perayaan Hari Krismas 2008.
Beliau merasa sungguh pelik dengan kejadian ini kerana bagaimana orang lain dapat mengeluarkan wang miliknya itu.
“Saya tidak pernah memberikan nombor PIN akaun saya kepada orang lain,” Jelas beliau dengan nada serius.
sabahkini
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...