Selasa, Disember 15, 2009

Usul Potong Gaji Hishammuddin RM 100



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat malam ini menolak usul untuk memotong gaji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM100 sebulan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.

Ketika membentangkan usul itu, Tian Chua berkata gaji menteri berkenaan perlu dipotong kerana beliau gagal melakukan reformasi dalam pasukan polis serta melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa mempunyai prestasi dan rekod buruk.

"Beliau juga gagal membendung kegiatan jenayah seperti samseng jalanraya, ragut, kongsi gelap dan samun serta gagal menangani isu kematian dalam lokap termasuk kes A.Kugan," katanya.

Usul yang dibawa Tian Chua itu turut disokong oleh Datuk Ngeh Koo Ham (DAPBeruas) yang menyifatkan bahawa kadar ketenteraman negara pada ketika ini berada dalam keadaan parah.

"Terdapat lebih 200,000 kes jenayah dalam tempoh setahun dan rakyat kini telah kehilangan kepercayaan kepada polis.

Selain itu, saya dapati terdapat kekurangan intelligence dalam kepolisan kita...perkara ini mesti ditingkatkan," kata beliau.

Dr Dzulkefly Ahmad (PASKuala Selangor) pula berkata, usul anggota Parlimen Batu itu adalah untuk menyedarkan Hishammuddin bahawa beliau mempunyai tanggungjawab yang besar.

"KPN yang mempunyai rekod buruk telah diberi lanjutan...usul ini adalah sebagai simbolik untuk menteri faham bahawa perkara sebegini tidak boleh diterima rakyat...sepatutnya perkara ini ditangani dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab," katanya.

Bagaimanapun usul tersebut disangkal oleh beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bangkit mempersoalkan usul Tian Chua itu.

Datuk Mohamad Aziz (BNSri Gading) menyifatkan usul itu sebagai jahat dan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan serta polis.

"Polis telah menjalankan tugas mereka dengan darah dan nyawa...saya paling marah kerana usul ini menunjukkan seolah-olah penjenayah dibela dan polis dihentam...kita ialah antara rakyat dunia yang paling lena tidurnya," katanya. Sementara itu, Alexander Nantalinggi (BNKapit) pula meminta menteri berkenaan diberi bonus kerana melakukan kerja yang cemerlang walaupun baru lapan bulan memegang jawatan.

"Beliau begitu banyak berjasa kepada masyarakat Penan kerana memberikan sijil kelahiran dan berjaya menyelesaikan banyak masalah lain terutama yang berhubung kait dengan taraf kerakyatan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian menolak usul berkenaan berdasarkan undian majoriti anggota Parlimen.-BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Usulkan sekali 'potong' anunya. Dia ni letak kat kementerian mana pun sama je.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...