Ahad, Januari 03, 2010
20 sen je
Tahun 2010 1 lagi kenaikan harga barang berlaku, tragedis bila mengenangkan setiap tahun mesti ada kenaikan harga barang, tak kira barangan dapur, keperluan harian, petrol dan sebagainya. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan yang sama setiap kali berlakunya kenaikan harga barangan iaitu "kenaikan tidak membebankan rakyat dan kerajaan masih menanggung subsidi". Media massa pun memalu kompang membuat kempen kurangkan penggunaan barangan tersebut.
Betul kenaikan tidak melibatkan nilai ringgit sekadar nilai sen sahaja tapi cuba kita bayangkan sejenis harga barang naik maka akan berlaku turutan barangan lain yang melibat barangan yang naik harga tadi. Ini kenyataan Ketua Setiausaha Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)) Utusan Malaysia -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Mohd. Zain menegaskan, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen hanya akan membawa kesan kenaikan harga yang minimum ke atas produk berasaskan gula termasuk makanan dan minuman.
“Kenaikan tertinggi melibatkan krimer pekat manis seberat 505 gram dengan anggaran kandungan gula 228 gram, kosnya cuma naik 4.6 sen sahaja atau kurang daripada 5 sen.
“Secawan teh tarik dengan anggaran gula 40 gram hanya akan mengalami kesan kenaikan 0.8 sen, iaitu kurang daripada 1 sen,” katanya.
Barangan makanan dan minuman yang menggunakan gula bukan sejenis atau 2 jenis sahaja yang berada dipasaran. Dalam 1 hari berapa kali kita minum dan makan?. Seseorang yang bekerja tak kira dimana mana sektor pasti memerlukan makanan dan minuman untuk menambah tenaga. Perkiraan 1 hari berapa kali kita menjengah restoran untuk menjamu selera, maka kita akan terasa bahang kenaikan 20 sen tadi.
Cuba bayangkan golongan yang bekerja di sektor perkilangan atau buruh yang tangga gajinye cukup rendah. Nilai seringgit sekarang makin mengecil, untuk sarapan pagi kalau dulu teh tarik RM1.60 dan roti canai telur RM1.50 kadar untuk membayar RM3.10 tapi cuba bayangkan kini, berapa yang perlu dibayar.
20 sen kenaikan sekilo gula tapi malangnya rata rata kita akan tersentak bila peniaga menaikkan harga 20 untuk secawan teh dan 20 sen juga untuk sekeping roti canai telur. Boleh dikatakan semua barangan makanan mesti perlukan gula untuk penyediaannya. Jadi RM3.10 akan jadi RM3.50.
40 sen perbezaan harga, perkara ini antara sedar dan tak sedar. Bayangkan 40 sen perbezaan untuk sarapan pagi belum lagi dikira makan tengahari dan malam. Macam mana barangan makanan lain?. Belum sampai tengah bulan pasti menitik airmata.
Masihkah ada harapan untuk membela nasib golongan bawahan. bagi mereka nilai 10sen begitu bermakna untuk secawan teh.
talikasutkayu-talikasutkayu
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...