Isnin, Januari 18, 2010

"Adi CEO Syarikat,Saya Hanya Menulis dan Membentangkannya..."





Berikut saya siarkan transkrip rakaman perbualan telefon antara Abdul Ghani Wahid, bapa kepada ikon yang berusia 11 tahun terbabit yang disiarkan TV3 dan TV9 malam tadi di dalam siaran berita



"kitaorang ada sijil. produk-produk ini tak ada apa-apa dadah la, dari UTM Skudai la. Tahun lepas kita dah hantar untuk ujian di makmal UTM Skudai. Biar lojik la.Kita ada ujian makmal. Kita memang ada semua tu. Saya dilantik Adi untuk menulis ilmu. Saya tak tahu menahu sebab Adi CEO Syarikat. Saya hanya menulis dan membentangkannya...".  



Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya...



----------------------------------------------------------------------------------

Perlu saya jelaskan di sini dan kepada pihak atau blog lain yang cuba menambah-nambah berita yang sebenarnya mereka tidak mahu memahaminya.



Saya ada terjumpa beberapa blog dan ruangan forum yang menagatakan produk lain itu juga  mengandungi dadah.



Produk yang dirampas dan diuji mengandungi dexamethasone hanyalah 'Penawar Sendi Tulang'.



Perlu kah saya mengulanginya sekali lagi?



Tiada dalam mana-mana entry ini atau di TV atau di dalam akhbar menyatakan produk lain turut mengandungi bahan tersebut.



Produk lain yang dirampas adalah atas kesalahan tidak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan, seperti juga produk Penawar Sendi Tulang itu.



Oleh sebab itu, produk terbabit dirampas.



Saya nasihatkan pembaca atau mereka yang ghairah copy paste entry di dalam blog ini, supaya berhati-hati dalam menambah bahan untuk blog/forum anda.



Saya sendiri sebenarnya tidak sewenang-wenangnya menulis walaupun saya berada di lokasi, apa tah lagi anda yang tidak pergi dan tidak tahupun di mana lokasi tersebut.



Saya sendiri terdedah kepada risiko yang besar jika saya tersalah tulis. Tujuan utama blog ini antaranya mendedahkan perkara-perkara yang sukar ditembusi oleh orang ramai dan dikongsi bersama.



Kita perlu berlaku adil dan bukan mensensasikan bahan yang ada, walaupun sebenarnya, saya boleh mensensasikannya kerana banyak lagi yang tidak saya siarkan di sini berkaitan kes ini.



--------------------------------------------------------------------------------------------



Jika ada masa, saya akan menulis dan membentangkan mengenai keperluan mendaftar ubat dan mengapa perlu didaftarkan.



Dan, kepada mereka yang baru nak berjinak atau telah memulakan perniagaan ubat-ubatan , dengarlah nasihat ini - hanya ubat yang didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan sahaja yang diperakui setelah melalui proses seperti ujian makmal lulus.



Kebanyakan pengusaha menggunakan makmal swasta/universiti untuk membuat ujian dan dijadikan sebagai testimoni kepada pengguna, tetapi semua keputusan ujian itu tidak boleh diguna pakai /tidak sah untuk dijadikan sandaran atau bukti di dalam kes yang disiasat.



Undang-undang telah sedia ada, dan banyak wang telah habis untuk tujuan hebahan kepada orang ramai, namun, ramai yang menagmbil mudah, yang akhirnya pengguna menjadi mangsa.



Persoalan yang paling mudah - susah sangat ke hendak serah produk kepada Kementerian Kesihatan untuk diuji dan disahkan serta diluluskan?



Tetapi, setelah diluluskan dan diberi nombor MAL, lain pula ceritanya, apabila kandungan pula diubahsuai dan ditambah lain-lain bahan yang dilarang...



Masalah ini tidak akan selesai, dan yang mampu selesaikannya ialah pengguna sendiri yang tidak melayan ubat-ubatan yang mendakwa menjadi penawar macam-macam penyakit.



Rakyat sebenarnya sudah terlalu lama sakit kerana memakan ubat-ubat yang sebenarnya, kita tak perlukannya langsung malah memudaratkan dalam jangka masa panjang.



-----------------------------------------------------------------------------------------------



Siri Rumusan Ikon akan saya sambung lagi, kerana beberapa lagi pendedahan akan dibuat...



Jika tiada aral, anda akan dapat melihat secara eksklusif, bagaimana ujian makmal atas sesuatu produk itu dilakukan.



(Jangan lupa makan ubat...!!!)



Salam ondscene


ondscene


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...