Selasa, Januari 26, 2010

Aduka Taruna: ‘Tajuk hina Sultan bukan saya punya’


Penulis blog Aduka Taruna telah menyerah diri kepada pihak polis petang semalam bagi membantu siasatan.Gambar:Pinkturtle2


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Penulis blog Aduka Taruna telah menyerah diri kepada pihak polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar dan kerajaan negeri Sabtu lalu.

“AT (Aduka Taruna) telah pun menyerah diri dan membantu siasatan pihak polis.

“Insya-Allah, kita doakan semoga beliau bersabar akan dugaan yang menimpa beliau.. semoga ada hikmahnya di kemudian hari.

“Kami, rakan AT akan sentiasa membawa berita terkini terus kepada anda,” kata entri baru dalam blog berkenaan.

Penulis berusia 28 tahun itu ditahan di Kota Baru, Kelantan petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis itu, yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penulis dari Seremban itu dikatakan menyembunyikan diri di Kota Baru selepas butiran peribadinya tersebar dalam internet.

Sehubungan itu entri terbaru juga berkata ruangan komen dalam blog berkenaan diselaraskan untuk mengelakkan fitnah yang semakin berleluasa dan kini semakin di luar kawalan.

“Kami menerima beberapa maklumat tentang hebahan maklumat sulit AT seperti alamat, tempat tinggal di bebebrapa ruangan forum. Hal ini adalah membahayakan keselamatan pihak keluarga AT. Laporan polis akan menyusul,” katanya.

Malah satu lagi entri dalam blog itu, Aduka Taruna mempertahankan dirinya dengan berkata tajuk “Sultan Johor is Dead. Bravo!” bukan berasal daripada laman tulisannya.

Sebaliknya dia mendakwa tajuk berkenaan diambil daripada laman blog yang lain dan dijadikan pautan.

Oleh itu penulis berkenaan meminta pengunjung ke blog meneliti kandungan blog yang dimaksudkan.

“Sebelum lu orang bantai gua untuk round (pusingan) ke lapan belas, gua nak bagitahu lu orang yang tajuk tu bukan gua punya ha.

“Gua nak tengok apa tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Pemuda PAS Johor akan isu ini. Gua baru baca kat blog bro edyesdotcom.

“Lagi Blog Hina Almarhum Sultan Johor + Hina Allah Sekali!!

“Siapa yang tere (pandai) English (Bahasa Inggeris), boleh baca di guttermalaysia,” katanya.

Oleh itu katanya sesiapa yang marah boleh melepaskan luahan hati masing-masing terhadap blog tersebut.

“Ok geng lu orang boleh serang blog guttermalaysia pulak. Lu orang tak bosan ke maki gua ribu riban kali nih?” katanya yang menerima komen dimaki-hamum lebih 700 kali.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja-raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

“Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Kita mahu rakyat menghargai mereka yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Aduka Taruna dipercayai penulis blog ke-empat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan yang berunsur penghinaan atau hasutan.

themalaysianinsider



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Salam sdr.

    "Penulis dari Seremban itu dikatakan menyembunyikan diri di Kota Baru selepas butiran peribadinya tersebar dalam internet"

    Kenyataan di atas adalah tidak betul. Dia ke Kota Bharu ke rumah Ibu Mertuanya bukan bersembunyi. Setelah beberapa bloggers Kelantan berkumpul dan berbincang bersama Aduka, dengan senang hati Aduka ditemani oleh beberapa orang antara kami menyerah diri di IPD Kota Bharu pada petang itu juga.

    BalasPadam
  2. Ye la...tak betul kenyataan tu...gua copy paste dari
    http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/50811-aduka-taruna-tajuk-hina-sultan-bukan-saya-punya

    apa-apa pun tq komen... gua overlook la bro..

    BalasPadam
  3. aku rasa aduka tu dah terpesong akidah....ntah2 die wahabi ke apa kan...bukan pasal sultan tu..tp komen2 pasal saidatina aishah ra tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...