Khamis, Januari 07, 2010
Amah Durjana Bakar Rumah Majikan, Larikan RM500
KUALA TERENGGANU: Tiada yang lebih memeranjatkan bagi Intan Zunaidah Abdul Wahab, 40, hari ini selain mendapati pembantu rumah yang disayangi umpama menatang minyak yang penuh rupanya remaja durjana sehingga sanggup membakar rumahnya.
Lebih teruk lagi dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu amah yang baru berusia berusia 14 tahun dari Palembang, Indonesia itu dipercayai membakar bilik tidur anak majikannya dan bahagian dapur rumah tersebut sebelum melarikan diri melalui pintu belakang bersama wang tunai lebih RM500 dan dua buah komputer dalam satu kejadian di Taman Murni Indah, Telaga Daing dekat sini pagi ini.
Bagaimanpun dia yang dikenali sebagai Dinda, berjaya ditahan oleh adik majikannya Zulkarnain Abd Wahab, 35, di Stesen Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) lebih sejam kemudian ketika cuba melarikan diri dengan membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.
Majikannya Intan berkata, beliau tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan seperti anak sendiri itu sanggup berbuat demikian memandangkan sebelum ini hubungan mereka tidak pernah mempunyai masalah.
"Saya terkejut apabila dihubungi oleh suami pagi tadi mengatakan rumah teres kami terbakar dan perkara pertama yang saya lakukan ialah meminta mereka memecah pintu rumah kerana pembantu rumah kami berada di dalam.
"Bertambah terkejut apabila saya dimaklumkan dia tiada dalam rumah ketika jiran berjaya masuk ke dalam rumah untuk memadamkan kebakaran dan dipercayai telah melarikan diri setelah membakar rumah kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketika kejadian, beliau berada di sekolah anak perempuan bongsunya yang berusia 13 tahun di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II untuk menghadiri program penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR, manakala suaminya Mazli Mohamed, 49, berada di tempat kerja.
Menurut Intan Zunaidah, pembantu rumah itu pada asalnya diupah oleh rakan adiknya, namun disebabkan terlalu muda, dia telah diserahkan kepada Zulkarnain sebelum proses penghantaran semula ke Indonesia dilakukan oleh ejen.
"Semasa dua minggu duduk dengan adik saya, dia pernah buat hal dan cuba melarikan diri setelah mencuri wang tunai RM7,000 menyebabkan adik saya menyerahkannya kepada saya Disember lepas sebelum ejen mengambilnya.
"Sepanjang sebulan duduk dengan bersama, kami sekeluarga melayannya dengan baik, malah saya menganggapnya sebagai anak sendiri kerana umurnya tidak jauh beza daripada anak bongsu saya, malah mereka juga tidur bersama," katanya.
Katanya kejadian itu menyebabkan barang-barang dalam bilik tidur anaknya termasuk sijil persekolahan habis terbakar selain jelaga hitam yang memenuhi rumahnya.
"Paling saya sedih kerana dia sanggup mencuri wang anak bongsu yang dikumpul sejak darjah satu lagi hasil kecemerlangannya dalam pelajaran," katanya.
Pembantu pembantu rumah itu kemudian dibawa menaiki kereta peronda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Kamal Md Tan berkata ketika sampai di tempat kejadian kirakira 10.52 pagi, kebakaran telah pun berjaya dipadamkan oleh orang awam.
"Tiga jentera kereta bomba bersama tiga pegawai dan 22 angota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan sebaik tiba di tempat kejadian api telah berjaya dikawal dan kita hanya membantu memadamkan sisasisa bara.
"Kebakaran berpunca dari bilik tidur dan bahagian dapur yang dipercayai sengaja dilakukan dan jumlah kerugian dianggar bernilai RM115,000," katanya. - BERNAMA
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
BalasPadamHairan bin Ajaib.
Kenapa pihak Imigresen Malaysia tidak mengambil tindakan kepada Puan Intan Zunaidah Abdul Wahab selaku majikan kepada pembantu rumah yang berumur 14 tahun yang berasal dari Palembang Indonesia .OK lah pembantu rumah tersebut ditahan oleh pihak Polis Malaysia .Tapi kenapa pihak Imigresen Malaysia tidak mengambil Tindak atau tahan Majikan iaitu Puan Intan Zunaidah Abdul Wahab kerana mengaji pembantu rumah yang didapati di bawah kalau mengikiut akta Pekerjaan , yang hairan bin ajaib macam mana pihak Imigresen Malaysia boleh meluluskan permohonan Puan Intan Zunaidah Abdul Wahab untuk mendapatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia walhal Puan Intan Zunaidah Abdul Wahab tiada anak kecil atau orang tua yang membolehkan puan tersebut mendapat seorang pembantu rumah . Mohon Pihak Imigresen Malaysia tengok perkara ini jangan double standard untuk melaksanakan tugas .Pembantu rumah berumur 14 tahun telah menjadi baruah puan Intan Zunaidah Abdul Wahab. Hj Jamaludin
Untuk makluman semua, berhati2 dgn pekerja indon.Baik mcm mana pun kita layan, semua itu tidak akan mereka kenang. Lihatlah bagaimana cara kita org melayu melayan mereka, mcm keluarga sendiri. Layan spt ini tidak akan mereka mimpi untuk dapat dinegara mereka sendiri. Tetapi, jika ada kesempatan, mereka akan gunakan sepenuhnya, kerana mereka hanya memikirkan survial mereka sahaja.Jgn kita berharap budi kita akan dibalas dgn sepatutnya. Mereka hanya akan tahu diri jika mereka bekerja dgn majikan,terutama majikan cina.
BalasPadam