Selasa, Januari 19, 2010

Ancam Dalam Facebook, Tasyrif Mengaku Tidak Bersalah


Pelajar Akademik Seni Budaya dan Warisan (Aswara) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Tertuduh Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, membuat pengakuan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Jumaat lalu, Tasyrif di hadapkan ke mahkamah sama tanpa pengakuan berhubung dakwaan yang dibuat ke atasnya.

Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk di laman sosial Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna Shahrul Maizam, dengan menulis “ke nak kau baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...”

Kesalah itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi, 10 Janari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin memohon agar wang jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan yang diwakili timbalan pendakwa raya Amirah Mohamed Yusuff dikurangkan kerana Tasyrif masih pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di Aswara.

Aslam membenarkan Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Ikat jamin dibuat ayahnya, Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin.

“DPP mintak RM10,000 tetapi kita berjaya kurangkang kepada RM6,000 dengan seorang penjamin,”katanya Peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin ketika ditemui di luar mahkamah.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...