Ahad, Januari 17, 2010
Balik kerja
Malam semalam, gua turun bas awal dari biasa, kira kira pukul 8.05 pm. Selalunya kalau naik bas pukul 7 dari stesen internasional pudu, gua akan sampai pukul 8.25 pm, tapi semalam entah enjin evo mana si Manov tu rembat, maka dapatla gua merasa sembahyang maghrib panjang sikit bukan sembahyang serupa patuk ayam.
Gua menuju ke moto yang gua parking dekat area bawah tangga stesen Tg Malim. Gua bukak seat, tarik helmet, pakai. Gua pulas kunci, tendang starter..Bismillahirrohmanirrahim.
Prenggg..prenggg...
Mengenangkan anak bini tunggu depan pintu, gua pandu moto perlahan sambil berzikir sedikit sebanyak menambah amal. Hujan renyai renyai separa lebat menyedarkan gua tentang kebesaran Tuhan, dan betapa kecilnya gua dimata Toyota Kaldina yang potong sipi sambil hentam hon kuat kuat tepi telinga...dia punya laju macam selalu gua tekankan, seperti berlumba ke lubang neraka.
'Woii!! kemak lu!" - Gua kasi maki sedas.Gua tahu dia tak dengar, apa yang penting hati puas.
Gua marah dengan sikap rakan rakan pengguna jalanraya Tg Malim semenjak 2-3 hari ni.Macam Kaldina tadi, dia tak nampak ke gua bawak perlahan lorong belah kiri?,yang beserabut potong sipi laju laju tu apa jadah?, potong elok elok bagi salam tak boleh?,
kalau ikut hati yang panas memang gua nak kejar sampai dapat.Mujur gua tukar plan.
Lebih kurang seminit selepas hal kaldina, proton BLM buat perangai celaka dengan gua pulak.Dari jauh lagi gua nampak dia bagi isyarat nak keluar simpang.Gua pulak sedang berada di jalan yang lurus.Jadi kalau ikut buku panduan memandu yang gua belajar;
"Kenderaan di simpang mesti memberi laluan dahulu pada kenderaan di jalan lurus sebelum kenderaan di simpang berkenaan boleh membelok".
Tapi semalam lain pulak hal dia. Kenderaan di simpang macam sengaja tunggu gua datang dekat kemudian keluar laju laju dengan niat nak langgar gua sampai mati.Nasib baik gua sempat mengelak lepas bumper dalam lima inci.Kalau gua tak berwaspada tadi macam mana?,
Sebagai balasan setimpal, gua bagi fakyu pada proton BLM pakai tangan kiri.Satu tangan lagi gua kawal pemanduan moto supaya nampak kemas dan professional.
Gua pandu semakin perlahan.2 kejadian berbahaya yang boleh meragut nyawa berlaku berturut turut dalam satu masa, ini sudah kira main kasar. Gua semakin ketepi.Sebelum ni bukan kaldina sorang, kereta kereta yang tak berjenama pun berani buat kurang ajar potong sipi pekena hon tepi telinga gua.
Apalah nak jadi dengan pemandu pemandu Tg Malim ni, gua bukan duduk sini sehari dua, tak reti ke nak tunjuk sikit rasa hormat pada senier?.
Ikutkan rekod pemanduan, campur semalam dah tiga malam gua bertarung dengan hon hon kereta, lori Atlas, bas UPSI dan lori bawak perabot. Namun kejadian Kaldina dan proton BLM malam kelmarin adalah paling merisaukan setakat 3-4 hari ni.
Dalam hati gua sedar, tak guna gua melawan.Nak merusuh pun belum tentu boleh masuk akhbar.
Gua rasa gua kena beralah.Semangat rebel gua hapuskan demi memberi laluan pada keselamatan diri sendiri.
Gua berjaya juga sampai ke kawasan Taman Bernam.Kali ni gua tak terus balik rumah, sebaliknya gua singgah dulu masuk kedai Advance Race sebelah kedai inetenet.
Dalam poket ada dua puluh ringgit.Rasanya cukup.
****
"Tokeh..ini lampu depan belakang sudah bakar..lu kasi ganti jangan banyak cerita".
P/S:
Mulai malam esok, kalau ada kereta buat lagi perangai hon hon gua, memang gua bagi penerajang kat situ jugak!
fdausamad
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
eleh sapa suh xganti lampu belakang moto en tu...mcm en xpenah pandu kete pastu tetiba ada moto yg xberlampu kt depan...wajib kene maki...kalu moto dh mcm mat rempit xde lmpu belakang so jgn salahkn org pandu kete yg hon, cuba belajar salahkan diri kenapa xtukar lampu yg dh terbakar...lampu depan belakang pulak tu.
BalasPadam