PUTRAJAYA: DAP hari ini mendesak supaya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong disiasat kerana mereka mendapati, beliau masih memiliki hampir separuh kepentingan di dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen DAP dari Seremban, John Fernandez, ketika mengemukakan laporan lima muka surat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bersama lampiran 200 mukasurat, berkata, hasil carian yang mereka lakukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Isnin lalu mendapati, Dr Wee masih memegang 49,998 syer dalam Hijau Sekitar.
Manakala baki 50,001 syer lagi dipegang oleh Lim Kit Siong dan Wong Woon Ping, katanya.
Ahli Parlimen itu yang juga seorang peguam dan naib pengerusi DAP Negeri Sembilan, turut menghantar satu salinan aduannya itu ke pejabat peguam negara dan ketua polis negara. Dalam laporannya itu, Fernandez mahukan pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada wujudnya sebarang kesalahan dalam perbuatan Dr Wee itu dan menyiasat status pegangan kepentingannya dalam Hijau Sekitar.
Kata Fernandez lagi, Dr Wee telah menyatakan dalam beberapa laporan akhbar bahawa beliau telah melupuskan kepentingannya dalam Hijau Sekitar sebaik sahaja dilantik ke jawatannya sekarang. Pada 24 Disember lalu, Dr Wee mengakui Hijau Sekitar menjalankan kerja-kerja konsultansi untuk Pelabuhan Klang tetapi menafikan sebarang pertalian dengan projek PKFZ.
Hijau Sekitar, bersama empat lagi firma, dilantik oleh Wijaya Baru Sdn Bhd untuk menjalankan kajian bertajuk “Conceptual design and feasibility study on the need for port development in Port Klang.”
Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd adalah syarikat induk kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dilantik untuk mengurus dan membangunkan projek PKFZ yang bernilai berbilion ringgit.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing merupakan ketua pegawai eksekutif KDSB.
“Memandangkan timbalan menteri sendiri mengakui bahawa syarikatnya Hijau Sekitar telah menjalankan kerja untuk Wijaya Baru, satu siasatan mesti dilakukan untuk memastikan sama ada pelanggaran undang-undang telah berlaku. “Pihak-pihak berkuasa yang berkaitan mestilah juga menyiasat sama ada timbalan menteri tersebut mempunyai sebarang pengetahuan mengenai pembangunan projek PKFZ. “Ini kerana terdapatnya dakwaan Hijau Sekitar mengetuai sekumpulan konsultan untuk membentangkan pelan bagi membina sebuah pelabuhan baru bersebelahan dengan PKFZ,’’ kata Fernandez.
Fernandez juga ingin mengetahui sama ada Dr Wee telah mengisytiharkan hartanya kepada perdana menteri selepas dilantik sebagai timbalan menteri.
mstar
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...