Sabtu, Januari 02, 2010

Kajian, 68% sedia sokong Pakatan - Tuan Ibrahim

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memberitahu bahawa mengikut satu kajian dari persepsi pengundi-pengundi Negeri Pahang selepas Pilihanraya Umum yang ke-12, sejumlah 83% daripada jumlah pengundi-pengundi mempunyai mood untuk menyokong Pakatan Rakyat. Namun mood itu telah menurun kepada 68% setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Penurunan ini mungkin kerana sentimen kenegerian oleh kerana Datuk Najib itu adalah orang Pahang, dan pengisytiharan 1Malaysia juga mempunyai momentumnya tersendiri. Namun begitu Konvensyen Pakatan Rakyat membawa lonjak baru kepada suatu muafakat dikalangan pembangkang memberikan keyakinan baru kepada Pakatan Rakyat.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP perlu bergerak bersama-sama, serentak dan seirama. Imej Datuk Najib adalah buruk dan beliau terpaksa melantik konsultan untuk memperbaikki imejnya yang tercalar. Tetapi belum habis imejnya yang dikaitkan dengan skandal Altantuya, timbul pula isu "hilang enjin kapal terbang" yang berlaku di Kementerian Pertahanan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanannya.

Bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, peneroka Felda adalah taliAN hayat bagi BN. Justeru itu isu Peneroka Felda dan Generasi Kedua hendaklah digarap dan dizahirkan serta diperjuangkan.

Setiap parti politik ada masalahnya tersendiri. "Marilah kita atasi masalah itu dan kita kukuhkan parti masing-masing, dan disamping itu hubungan diantara parti-parti didalam Pakatan Rakyat hendaklah digarap, dan elakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perpecahan sesama kita." kata Datuk Tuan.

Orang Melayu secara umumnya menerima dasar Najib dengan 63.5% yakin bahawa dasar BN dibawah Najib adalah betul, manakala orang bukan Melayu hanya 23% sahaja menerima dasar BN itu. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah memperbetulkan "delivery system" kita agar Orang Melayu dapat memberikan penilaian yang sebenarnya terhadap dasar BN berbanding dengan dasar PR.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya diujudkan Majlis Tindakan Bersama antara parti-parti didalam PR diperingkat Negeri dan kawasan-kawasan/Cabang-Cabang. Beliau bergembira kerana PR di Negeri Pahang tidak menghadapi masalah dan hubungan antara parti-parti pembangkang adalah baik dan suasana ini memungkinkan bahawa kerjasama yang lebih erat dapat dijalin demi untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Pahang selepas PRU-13.

Beliau menyatakan bahawa rakyat Negeri Pahang tidak ada apa-apa yang nak dibanggakan dengan pemerintahan BN di Pahang. Selama 12 tahun berturut-turut belanjawan Negeri merupakan belanjawan defisit. Kerajaan Pahang juga menghadapi hampir RM1 bilion saman, disamping itu mempunyai hutang tidak kurang dari RM2 bilion. Akhirnya beliau mengharapkan Konvensyen Felda yang dianjurkan oleh PKR Pahang akan mencapai kejayaannya.

sidangonline


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...