Selasa, Januari 26, 2010

Keputusan pertikaian siapa MB Perak lagi 2 minggu


PUTRAJAYA, Jan 25 - Hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada Feb 9 sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) mendapat kembali jawatannya.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan PAS, DAP dan PKR.

Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi terdiri Ketua Hakim Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Peguam Leong Cheok Keng, dari pasukan peguam bela Mohammad Nizar, berkata beliau menerima faks dari pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 11.20 pagi tadi memaklumkan kepada beliau mengenai tarikh tersebut.

Panel lima hakim yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada Nov 5 lepas setelah selesai mendengar hujahan.

Isu mengenai siapakah Menteri Besar Perak yang sah tercetus tahun lepas selepas dua Anggita Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat dan daripada DAP, keluar parti masing-masing bagi menyatakan sokongan kepada BN, menyebabkan kerajaan pakatan itu tumbang.

BN dan PR masing-masing mempunyai 28 ADUN, tetapi BN mengambil alih pemerintahan negeri hasil sokongan tiga wakil rakyatitu.

Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, 52, meletak jawatan sebagai Menteri Besar, dan kemudian melantik Zambry sebagai Menteri Besar pada Februari tahun lepas selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam DUN.

Nizar, ADUN kawasan Pasir Panjang, mengambil tindakan undang-undang pada Feb 13 tahun lepas, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei 11 tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Mei 22tahun lepas yang mengisytiharkan pelantikan Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

themalaysianinsider



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Sudah pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Di harap selepas ini tidak lah lagi ada yang melolong melalak. Kepada yang Islam, ingatlah, itu semua ketentuan Allah. Di manakah iman anda jika anda terus mempersoalkan hal ini?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...