Ahad, Januari 17, 2010

Mati dihumban dalam pembetung

BUKIT BERUNTUNG: Hanya kerana ‘perang mulut’ dan memburuk-burukkan nama baik seorang wanita dikenali, seorang remaja maut dibelasah beramai-ramai sekumpulan samseng sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam pembentungan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Menurutnya, kedua-dua beradik berkenaan bagaimanapun terserempak dengan sekumpulan hampir 10 lelaki yang bertindak menahan dan mengepung mangsa.

“Difahamkan berlaku pergaduhan sebelum kumpulan lelaki terbabit menyerang mangsa beramai-ramai. Suspek bertindak menggunakan batu, kayu dan parang untuk memukul mangsa yang ketika itu tidak bersenjata.


“Dalam kejadian serangan ganas itu, adik mangsa yang berusia 17 tahun berjaya melepaskan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun pengsan di tepi jalan akibat dibelasah dengan teruk.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri lebih 12 jam ditemui seorang lelaki kebetulan melalui jalan berkenaan. Mangsa dibawa membuat laporan polis sekitar jam 2 petang.


“Lelaki berkenaan memberitahu abangnya dipukul namun tidak pasti keadaan abangnya itu selepas kejadian. Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menemui mayat mangsa dibunuh sebelum dibuang di dalam kawasan pembetungan Tenaga nasional Berhad (TNB) berhampiran satu kelab golf di Bukit Sentosa.

Susulan itu, mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah dan luka akibat di pukul hampir seluruh tubuh kemudian segera dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan mendapati dua beradik berkenaan yang berasal dari Teluk Intan, Perak, sebelum ini datang ke rumah rakan mereka di Bukit Sentosa, di sini, sejak beberapa minggu lalu.

“Mangsa yang menumpang tidur di rumah rakannya itu dengan alasan untuk mencari pekerjaan. Bagaimanapun mangsa dikatakan berkonflik dengan seorang wanita berstatus isteri tinggal tidak jauh dari kawasan rumah berkenaan,’ katanya.

Menurutnya, perselisihan terbabit angkara mulut dipercayai berlarutan apabila beberapa lelaki ada hubungan kekeluargaan dengan wanita itu memburu mangsa untuk membalas dendam.

“Polis memberkas sembilan suspek disyaki terbabit kes pembunuhan berkenaan dalam beberapa siri tangkapan sehingga awal pagi semalam. Semua lelaki berkenaan ditahan di sekitar Bukit Beruntung,” katanya.

hmetro

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...