Sabtu, Januari 16, 2010
Penduduk KL pertikai kerajaan ambil Tanah Rizab Melayu
Oleh Redzuan
Kuala Lumpur, 15 Januari: Penduduk kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur membantah cadangan Pelan Draf Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang tidak mengkategorikan kampung mereka di dalam jilid khas yang membenarkan tuan tanah berunding dengan kerajaan bagi pembangunan di kawasan penempatan mereka.
Penduduk kampung Padang Balang, Chubadak dan Selayang Lama melalui jawatankuasa bertindak masing-masing telah membuat kenyataan media bersama Ahli Parlimen Batu Tian Chua meminta kerajaan persekutuan agar memberi layanan yang lebih adil kepada penduduk.
Tian yang bertindak sebagai wakil rakyat kepada penduduk kampung berkenaan membacakan memorandum tuntutan empat perkara tersebut di sini, hari ini. Bagi beliau pembangunan dan pengekalan warisan penempatan Melayu boleh berjalan seiring tanpa ada pihak yang perlu dikorbankan.
“Kampung-kampung Melayu ini adalah juga tanah rizab Melayu yang mana melibatkan isu sensitif seperti pendidikan, agama, kebudayaan dan hak-hak istimewa Melayu. Oleh kerana wilayah persekutuan tidak mempunyai kerajaan negeri dan orang Melayu tidak dilindungi Raja-Raja Melayu, maka saya menyeru kerajaan persekutuan memberi lebih perhatian kepada masalah ini.
“Sebelum digazetkan pelan struktur KL2020, DBKL mestilah menyelesaikan beberapa perkara yang dituntut penduduk,” ujarnya.
Empat tuntutan tersebut adalah seperti berikut:
1. Mengekalkan kampung Melayu dengan cara hidup yang sedia ada
2. DBKL perlu berunding dengan tuan tanah sebelum pembangunan dilaksanakan
3. DBKL beri perhatian khas kepada tanah rizab Melayu dan mewujudkan satu peraturan khusus untuk pembangunan yang lebih baik. Jilid khas seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur perlu diwujudkan
4. DBKL perlu beri maklumat yang lebih tepat tentang tanah rizab kepada orang awam
Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Selayang Lama, Badrulzaman Ali pula berkata penduduk tidak menolak pembangunan asalkan ia dilaksanakan secara adil dan tidak menghakis budaya Melayu.
“Kami tak menolak pembangunan. Kami harap draf pembangunan KL mempertahankan tanah rizab Melayu. Pembangunan yang dirancang mestilah selaras dan mengekalkan ciri-ciri kehidupan orang Melayu,” katanya.
Manakala Ahli Jawatankuasa Bertindak kampung Padang Balang, Rasben Mohd Yassin membantah seratus-peratus apa yang telah digariskan dalam pelan KL 2020. Terutamanya projek LRT yang bakal membelah dua kampung itu.
“Enam buah kampung dalam Padang Balang sebulat suara membantah perlaksanaan pelan pembangunan Kuala lumpur.
“Kita telah buat bantahan dengan menyerahkan memorandum kepada DBKL dan tidak membenarkan mereka melaksanakan pelan pembangunan itu di kampung kami. Kami mahu kekalkan tanah rizab Melayu.
“Kami juga sudah menghantar memorandum ke Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik. Beliau telah melawat kapung padang Balang tidak lama dahulu. Kami rasa tertipu kerana ketika lawatan itu beliau berjanji akan mempertahankan tanah rizab di kampung kami.
“Malangnya dalam bajet 2010 baru-baru ini kami mendapat tahu LRT akan melalui Padang Balang. Jadi kami ingin tahu di mana tiang LRT itu akan dipacakkan jika tidak diambil tanah kampung.
“Maka dalam memorandum yang akan kami serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 16 Januari ini kami mendesak agar projek itu dilencongkan ke rizab sungai dan tidak mengganggu-gugat kawasan penempatan,” tegasnya.
erapakatan
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...