Sabtu, Januari 16, 2010

Pertempuran sudah bermula!

Oleh Selena Tay


Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa pertempuran telah bermula!

Kepada semua wakil-wakil Parlimen, ADUN-ADUN dan ahli-ahli PKR, PAS dan DAP, anda semua mesti bersiap sedia untuk pergi ke medan pertempuran, jangan tidur dan jangan leka. Pada penghujung bulan Januari hingga permulaan bulan Februari tahun 2009 pada masa Tahun Baru Cina, BN telah mendalangi rampasan kuasa di Perak. Pada masa itu, tiada satu orang dari Pakatan Rakyat pun yang menjangka bahawa ini akan berlaku.

Dengan beberapa langkah yang licik dan pantas, BN telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dan sebagai seorang yang pesimis, saya percaya bahawa adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat mendapat kembali kuasa di Perak melalui proses mahkamah dan hanya terpaksa menunggu sehingga Pilihanraya Umum Ke-13.

Saya sekarang menggesa Pakatan Rakyat supaya sentiasa berjaga-jaga selama 24 jam sehari tujuh hari seminggu. Serangan mengejut selalu akan dilakukan oleh BN.

Saya berpendapat setelah Datuk Zaid Ibrahim dari PKR mencadangkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menjadi kapten bahtera Pakatan Rakyat, BN telah bertungkus-lumus melancarkan serangan peribadi bertubi-tubi (character assassination) ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Sejak November 2009, serangan-serangan berikut telah dilakukan oleh BN keatas Tuan Guru:-

1) Hal penajaan untuk menunaikan fardhu haji di Mekah;

2) Hal menantunya yang bekerja di PMBK; dan

3) Hal pembelian kek.

Serangan ini akan berterusan sehingga BN mencapai matlamatnya iaitu Tuan Guru Nik Aziz mesti meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Itulah strategi BN untuk merampas kuasa di Negeri Kelantan. Dalam medan pertempuran dahulu kala, bila ketua angkatan tentera mati tentulah askar-askarnya akan melarikan diri, membunuh diri ataupun mengibar bendera putih. Inilah yang dirancangkan oleh BN supaya Negeri Kelantan akan jatuh ke tangan BN.

Satu lagi strategi BN ialah dengan menggunakan senjata ideologi. Serangan dengan menggunakan senjata ideologi ini dilakukan ke atas PAS dan DAP di mana BN cuba melagakan PAS dengan DAP. Strateginya ialah menakutkan orang Cina bahawa PAS ialah parti fanatik dan menakutkan orang Melayu bahawa PAS tidak lagi berjuang untuk Islam sebab telah bekerjasama dengan DAP. Strategi serampang dua mata ini memainkan isu sentimen perkauman dan memperalatkan agama. Ini jelas menunjukkan niat jahat BN.

Senjata BN yang satu lagi yang tidak kurang hebatnya ialah menakutkan orang dan menindas rakyat (to create an element of fear). Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang mengadakan candlelight vigil ataupun mengadakan protes menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA-Internal Security Act) akan ditangkap dengan cepat oleh polis.

Dan senjata yang amat berkesan ialah senjata Trojan Horse. Senjata ini ialah satu budak upahan BN bernama Saiful yang telah bekerja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk satu jangkamasa yang singkat tetapi telah melakukan kerosakan yang amat teruk dan parah sekali ke atas Anwar. BN berharap supaya apabila Anwar tumbang, Pakatan Rakyat akan tumbang bersama.

Senjata media arus perdana pula digunakan setiap hari untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat di mana para penulis akhbar media arus perdana sentiasa memberi kritikan yang tidak munasabah ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan memanipulasi berita mengenai PAS, PKR dan DAP dengan memberikan imej bahawa parti-parti ini selalu bertengkar dan tidak bekerjasama.

Senjata wang pula tidak perlu disebutkan lagi sebab BN memang pandai menggunakan senjata ini untuk membeli kuasa dan sokongan rakyat. Oleh itu, setiap kali apabila pilihanraya kecil diadakan, BN akan memberi wang untuk memperbaiki jalanraya, jambatan dan lampu jalan, membersihkan longkang dan lain-lain lagi di kawasan pilihanraya tersebut. Oleh itu by-election juga boleh disebut sebagai buy-election oleh BN. Wang rakyat juga digunakan oleh BN untuk memperbaiki imej mereka sendiri dengan mengadakan program mesra rakyat seperti UMNO Juara Rakyat yang baru sahaja dilancarkan dalam bulan Januari tahun ini.

Sudah lama BN menggengam negara ini dengan pemerintahan kuku besi. Jika ini berterusan maka negara akan musnah sama sekali oleh kerana negara akan hilang daya saingannya. Pelabur asing menarik keluar modal mereka, pasaran merudum, ekonomi merosot, jumlah keluarga miskin tegar akan bertambah, kadar jenayah akan naik dan Malaysia akan menjadi negara dunia ke-3 ataupun ke-4. Wawasan 2020 adalah satu khayalan sahaja.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti merancang strategi untuk melawan BN. Jangan tunggu hingga saat-saat terakhir. Bermula dari sekarang Pakatan Rakyat mesti mengadakan kempen, forum, seminar, conference, roadshow dan lain-lain aktiviti untuk menerangkan program-plan Pakatan Rakyat kepada rakyat.

Sebenarnya para pemimpin Pakatan Rakyat adalah lebih cerdik dan lebih berkaliber daripada para pemimpin BN. Para pemimpin BN hanya pandai merebut kuasa dan mengaut keuntungan negara. Mereka langsung tidak peduli dengan ekonomi negara tetapi hanya menjaga akaun kewangan mereka sendiri.

Telah tiba masanya untuk rakyat membuka mata dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan membuang BN ke dalam tong sampah untuk menyelamatkan negara ini. Kita berada di ambang fajar era baru. Saya menyeru semua rakyat satu Malaysia supaya berganding bahu dan bersama-sama mengorak langkah menuju ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat!

---------------------------------
Selena Tay adalah ahli DAP dari Segambut dan penyokong tegar idea Pakatan Rakyat

detikdaily

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...