Sabtu, Januari 23, 2010

SELESAI ISU KP SABAH SEBELUM LAKSANA MyID



Oleh: ARIS HAMDAN

PENULIS Kontroversi, Mutalib M.D menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan isu kad pengenalan projek di Sabah dan kehilangan 50,000 warga China dan 40,000 warga India sebelum memperke-nalkan MyID.

“Janganlah menambah garam pada luka yang belum sembuh. Saya percaya TPM mungkin tidak percaya betapa seriusnya isu kad pengenalan di Sabah, tapi bacalah semua buku saya terutama 007-Lelaki Malaysia Terakhir?,” cadang Mutalib yang menjelaskan beliau telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 2006 di Bangunan Parlimen sebelum menulis buku berkenaan.

Mutalib menegaskan, Sabah kehilangan identiti apabila Warga Pakistan, India, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya telah diberikan kerakyatan songsang menggunakan kod negeri Sabah iaitu 12, 47, 48 dan 49 sehingga jumlah mereka melebihi jumlah penduduk asal Sabah.

“Ketirisan Sistem Saringan Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerabakan Sistem Rekod Jabatan Imigresen memudahkan petualang negara mengambil kesempatan menodai Perlembagaan Persekutuan,” ujar Mutalib yang tidak pernah gentar menghadapi apa juga cabaran semata-mata untuk menyuarakan kepentingan rakyat Sabah melalui pena dan dunia myra.

Kerajaan sewajarnya, kata Mutalib, mendaftar semula rakyat Sabah dan mengasingkan mereka yang tulen dengan ‘Warganegara Aspal’ (asli tetapi palsu) mengikut kod Negara kelahiran masing-masing.

“Jika kerajaan tidak dapat menarik balik kad pengenalan yang diberikan secara songsang atas sebab tertentu, tidak mengapa. Tetapi kod kelahiran harus dicatatkan mengikut negara kelahiran. Jika dia lahir di Pakistan, maka kodnya, 76 dan bukannya 12,” tegas Mutalib yang menjelaskan ianya selaras dengan Konsep Jus Soli yang digunapakai di negara ini.

Mereka yang memegang kad berasaskan tempat kelahiran selain daripada Malaysia, kata Mutalib sewajarnya diberikan tempoh ‘bertenang’ selama enam tahun mulai daripada kuatkuasa MyID sebelum boleh menikmati segala kemudahan MyID.

“Saya berpendapat TPM sedar masalah ini dan bagi mengelak kubur beliau dan kita dikencing anak cucu, saya menyarankan agar Sabah dikecualikan daripada MyID melainkan bagi Anak Negeri dan sekaligus memansuhkan penggunaan Sijil Anak Negeri yang sering disalahgunakan untuk merampas hak anak negeri Sabah,” kata Mutalib yang sedang menyiapkan buku terbarunya, ‘Anak Negeri Palsu’.

sabahkini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...