SHAH ALAM, Jan 26 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.
“Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.
“Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan,” kata beliau dipetik Bernama.
Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua “lawatan teknikal” ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.
themalaysianinsider
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
pasti dan berkeyakinan menjulang tinggi kes kes sitoyo ini akan diikhtiraf sebagai no further actions,bukti tidak ditemui ghaib dalam perjalanan macc ke-ag.
BalasPadam