Sabtu, Januari 23, 2010

Spa tawar seks diserbu

2010/01/23 Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks dan menahan enam pelacur warga asing.

Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks dan menahan enam pelacur warga asing.


Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) DSP Razali Abu Samah berkata lima pelacur dari China dan seorang warga Indonesia yang berumur antara 20 hingga 25 tahun ditahan di hotel itu dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 9.30 malam tadi.


"Empat daripada wanita itu ditahan di tempat letak kereta hotel itu ketika cuba melarikan diri manakala dua lagi di dalam bilik ketika sedang menunggu pelanggan di spa itu," katanya kepada selepas serbuan itu.


Beliau berkata kesemua mereka mempunyai pas lawatan sosial yang sah, tetapi disalahgunakan.


"Kita percaya spa berlesen itu ada menerima pelacur, perempuan pelayan yang dibawa dari luar, namun tiada bukti menyatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti digunakan bagi perkhidmatan seks," katanya. Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke IPKKL mengikut Akta Imigresen dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus spa itu diambil keterangan bagi membantu siasatan.-
Bernama



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...