Jumaat, Januari 08, 2010

Terima kasih enjin dan bumbung

Zolkharnain Abidin

Zahid Hamidi membetulkan laporan media. Katanya, harga sebenar enjin jet yang hilang itu ialah RM303,570.00 dan bukannya RM50 juta atau RM28 juta.

Maknanya, laporan media selama ini adalah kurang tepat. Kenyataan Zahid ini yang tepat. Zahid bercakap benar.

Shaziman Abu Mansor pula berkata, bumbung stadium di Terengganu runtuh kerana bahan dan kualiti kerja tidak ikut spesifikasi.

Bumbung stadium itu sebenarnya bahaya. Ia tidak selamat seperti sangkaan orang sebelum runtuh. Maknanya sangkaan orang salah. Kenyataan menteri ini yang betul. Shaziman juga bercakap benar.

Enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh. Apa yang ada hanyalah mulut dan lidah menteri yang berputar-putar mengeluarkan kenyataan. Dengan bangga dan penuh ‘ketelusan’ pula kenyataan itu dikelluarkan.

Sebetul dan setepat mana pun kenyataan menteri, selurus dan seikhlas mana pun menteri, setelus mana pun maklumat, enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh.

Setebal mana pun laporan, sedetail mana pun siasatan, enjin takkan pulang dan bumbung takkan tegak semula. Kalau enjin pulang pun, ia tidak seperti asal lagi. Sama juga dengan bumbung.

Enjin hilang dan bumbung runtuh membuatkan menteri kita bercakap benar, telus dan berintegriti.

Rupa-rupanya dalam negara ini, menteri hanya bercakap benar dan betul bila ada enjin hilang dan bila ada bumbung runtuh.

Terima kasih enjin dan bumbung. Bukankah ada ADUN BN Terengganu kata keruntuhan bumbung stadium adalah rahmat?

harakahdaily


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...