Rabu, Januari 27, 2010

TV3, TV9 Didesak Minta Maaf Dalam 24 Jam




Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin memberi tempoh 24 jam kepada TV3 dan TV9 untuk memohon maaf dan menarik balik penyataan mereka tentang penahana Pegawai Khas beliau. Tindakan Undang-undang akan diambil jika TV3 dan TV9 gagal berbuat demikian. "Saya minta mereka dedahkan siapa orang yang ditahan itu. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian saya akan anggap itu adalah fitnah kepada saya dan Pakatan Rakyat (PR) dan saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka," tegas NizarBeliau dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya kenyataan TV3 dan TV9 yang mendakwa Pegawai Khas Nizar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita tidak mengenali orang yang disebutkan itu dan kita menafikan sekeras-kerasnya kenyataan stesen berkenaan," jelas beliau. Terdahulu, TV3 dan TV9 telah mengeluarkan kenyataannya semalam yang mendakwa Pegawai Khas kepada Nizar telah ditahan oleh SPRM. KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin memberi tempoh 24 jam kepada TV3 dan TV9 untuk memohon maaf dan menarik balik laporan mereka berhubung berita penahanan Pegawai Khas beliau.

Tindakan Undang-undang akan diambil jika TV3 dan TV9 gagal berbuat demikian.

"Saya minta mereka dedahkan siapa orang yang ditahan itu. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian saya akan anggap itu adalah fitnah kepada saya dan Pakatan Rakyat (PR) dan saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka," tegas Nizar.

Beliau dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya kenyataan TV3 dan TV9 yang mendakwa Pegawai Khas beliau telah ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita tidak mengenali orang yang disebutkan itu dan kita menafikan sekeras-kerasnya kenyataan stesen berkenaan," jelas beliau.

Semalam, TV3 dan TV9 telah melaporkan bahawa Pegawai Khas kepada Nizar telah ditahan SPRM.

erapakatan


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...