Khamis, Januari 07, 2010

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG



Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Menurutnya lagi, Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menghalang gereja tersebut daripada menggunakan kalimah Allah [UM 1/1/2010]. Umat Islam yang berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi memberi hujah bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan agama lain tidak berhak menggunakannya. Sebahagian umat Islam yang membantah menyifatkan bahawa penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian tersebut boleh mengelirukan akidah umat Islam. Bagaimanapun, kebanyakan pihak yang berdemonstrasi dikatakan terdiri dari puak-puak yang pro-UMNO, kerana itulah mereka diberi liputan besar-besaran oleh media dan pihak polis pula langsung tidak mengambil tindakan atau menghalang para penunjuk perasaan yang melakukan ‘demonstrasi haram’ ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang sementara dia berjanji akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin di mana beliau akan mengadap Agong dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Di sebalik apa yang berlaku, tidak kurang juga pihak yang menyifatkan bahawa ada agenda politik di sebalik keputusan ini agar parti pemerintah dapat tampil sebagai jaguh dalam ‘mempertahankan’ Islam, di samping dapat menutup segala kemelut dalaman yang semakin banyak dan semakin parah. Apa pun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luar mahkamah terhadap isu ini dengan mencadangkan agar diadakan dialog di antara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan. Dengan kata lain, konsep ‘dialog antara agama’ telah kembali menjadi modal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelas merupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agama mereka yang sesat itu. Alih-alih ingin menyelesaikan masalah, umat Islam terus memasuki perangkap kuffar dengan konsep pluralisme [sila baca SN76 Dialog Antara Peradaban: Umat Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur].

Walaupun kekhuatiran sebahagian umat Islam bahawa penggunaan kalimah Allah oleh puak kuffar ini akan menyebabkan kekeliruan ada asasnya, namun ia hendaklah dijawab dengan nas, bukannya emosi atau akal semata-mata. Inilah pendirian yang harus diambil oleh kita sebagai seorang Muslim.Baca seterusnya di sini.



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Setiausaha agung PKR letak jawatan

    Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

    Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.

    Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu

    8/1/10 12:34 AM

    Anonymous said...
    Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...

    Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.


    P/S: GAMBAR KERETA SPORT KAT ATAS TU MACAM KERETA CAMRY NIZAR JE....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/1/10 1:05 PG

    Tak dapat bayangkan kalaulah kereta Camry yang terbalik sendiri tu dipandu oleh Dr Zambry bukannya Nizar.

    Dah tentu dah puak2 PAS akan melompat2 mengatakan itu bala dari Allah.


    Teruk juga Camry tu...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...