Sabtu, Februari 27, 2010
Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
PETALING JAYA, 26 Feb: Ikon rock tanah air, Amy Search akan menjayakan program sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 di Masjid Kota Damansara pada hari Ahad, 28 Februari ini.
Namun, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman (gambar) tidak mendendangkan lagu-lagu popularnya tetapi menjadi ahli panel pada forum bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ yang bermula jam 8.00 malam.
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani turut serta sebagai ahli panel pada majlis yang dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob itu.
Wahid Senario pula diundang bagi mengendalikan acara kanak-kanak seperti pertandingan nasyid, bercerita dan menulis khat yang bermula jam 2.00 petang.
Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang diadakan selepas solat Asar.
Sehubungan itu, nazir masjid, Ustaz Mat Taib Pa menjemput masyarakat sekitar untuk sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada anak-anak kariah dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut dan program-program sebelum ini.
Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...