Ahad, Februari 07, 2010

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?



Oleh Mohd Sayuti Omar

SUDAH tiga hari Anwar Ibrahim bersama isteri, anak-anak serta seluruh keluarganya dan para penyokong setia berulang alik ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan tuduhan liwat ke atasnya. Satu keadaan yang sungguh menjengkil dan melelahkan. Bukan saja kerana pertuduhan liwat yang kotor dan jijik itu, tetapi berurusan dengan birokrasi mahkamah sungguh-sungguh melengguh dan membosankan

Mahkamah adalah antara tiga tempat yang tidak berapa diminati untuk dikunjungi orang ramai. Dua lokasi lagi yang kurang menyenangkan ialah tanah perkuburan dan rumah sakit. Namun lokasi ini ada signifiken baik dan buruknya tersendiri.

Tempat ini tempat berhantu! Tempat menyebabkan fikiran tidak tenteram dan emosi tertekan. Tetapi kerana terpaksa, tidak ada jalan mengelakkannya. Kalau kita didakwa bersalah terhadap sesuatu kesalahan, kita akan ke mahkamah untuk mendapat keadilan atau diadlili. Kalau sakit kita kena ke rumah sakit dan pastinya kalau mati akan di bawah ke kubur atau mengikut jenazah ke kuburan sebagai menunaikan fardu kifayah.

Ramai yang marah kepada Anwar bila beliau dihadap ke mahkamah sekali lagi dan kemungkin akan meringkuk dalam penjara atas tuduhan berulang, liwat. Ada yang sedih dan geram. Ada yang marah-marah dan menyesal kerana menyokong Anwar. Tidak kurang juga yang bertaubat tidak akan menyokong Anwar lagi. Mereka marah kerana pertuduhan itu menyebabkan mereka tidak fasal-fasal jadi malu. Mereka seakan merasakan diri dilempar najis sedangkan dalam masa sama terpaksa berdepan dengan musuh.

Berlainan dengan mereka yang masih menyanyangi Anwar. Yang menjadikan Anwar sebagai negarawan harapan mereka. Betapa mereka kesal, menyusahkan atas apa yang berlaku sokongan tidak berganjak. Malahan simpati bertambah-tambah kepada Anwar. Mereka tidak peduli apa orang maki dan cemuh Anwar.

Bagi mereka apa hujah dan buktinya yang berlaku itu tetap satu tragedi hasil satu konspirasi bersambungan. Apa lagi ada elemen-elemen itu dalam kejadian berkenaan. Ini mengukuhkan lagi persepsi mereka bahawa Anwar teraniaya. Maka atas keyakinan itulah mereka tidak berganjak memacangkan perjuangan bersama Anwar walaupun apa dunia kata.

Itulah dua keadaan yang menimpa dan mengusik ilusi mereka yang menyokong Anwar. Mereka yang lemah dan terkapur dengan laporan media akan menjadi lemah semangat. Sebaliknya mereka yang sudah faham dengan dunia politik dan tribulasi perjuangan pula akan menganggap sebagai satu kebiasaan.

Satu hakikat yang tidak dapat dilupakan, apa yang berlaku itu semuanya tadir Allah. Baik Anwar atau sesiapa hatta Mohd Najib Razak mungkin tidak mahukan apa yang berlaku. Atas kenangan persahabatan mereka, dan Anwar selaku bekas bos, Najib juga merasa sedih mengenangkan apa yang dilalui Anwar. Tetapi dalam situasi sekarang atas prinsip politik sukar untuk Najib menzahirkan simpati itu.

Apa lagi Anwar sendiri. Beliau tidak berhajat untuk menjadi hero atau pun menyambung tesis Master kepada tesis Phd sebagai narapidana. Begitu juga dengan keluargnya mereka tidak pernah mendoakan untuk menyusahkan Anwar melainkan untuk kesejahteraan keluarga mereka. Saya yakin kalau boleh keluarga Anwar tidak mahu Anwar berkecimpung dalam politik lagi demi masa depan mereka. Sejarah lampau cukup menyakit dan memedihkan mereka. Tetapi apa boleh buat Anwar adalah publik figure atau aset bangsa mereka tidak dapat mengekang Anwar.

Apa lagi sebagai pejuang bagi Anwar sekali melangkah beliau akan terus melangkah tanpa mempedulikan apa yang menghalangnya di jalanan. Adalah lemah dan bacul baginya selaku pejuang (atas apa juga persepsi) untuk mundur ke belakangan kerana hanya sedikit ancaman dan gangguan. Batang tubuh Anwar tersepuh dari waja kursani bukannya dari plastik seperti mana rakan-rakan yang mengikutinya di sekerat jalan.

Mengenai kekesalan dan kekecewaan pengikut Anwar, sehebat mana rasa kesal, sebanyak mana terkilan dan sedih mereka, tetapi ia tidak seberat bebanan yang ditanggung oleh Azizah anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Kalau mereka dapat mengukur beratnya beban dipundak Aziah dan keluarganya baru mereka dapat merasakan betapa ringannya risiko yang terpikul kerana perisitwa kini. Mereka bukan saja perlu merasai berat malahan untuk menyatakan ianya berat pun tidak layak.

Namun lagi namanya takdir, semua orang kena menerimanya. Tinggal lagi bagaimana persediaan dan ketahanan mental untuk menghadapinya. Bagi mereka yang tidak pandai menjangku hikikat yang Allah lakukan akan meletakkan kesalahan itu kepada Anwar seoptimunya. Mereka akan menghukum Anwar sebagai bersalah dan bertanggungjawab. Anwar membawa masalah dan beban buat mereka! Anwar adalah pembawa sial kepada bangsa.

Tetapi bagi mereka yang dapat menjangkau, akan merasakan ketentuan itu sebagai satu ujian daripada Allah. Sesusuai dengan firman Allah bermaksud, seseorang itu tidak akan boleh mengakui dirinya beriman (kuat berpegang kepada agama), kalau ianya tidak diuji melalai ujian dan cabaran berbagai-bagai. Nah Anwar kini sedang melalui satu lagi ujian untuk meletakkan dia sebagai insan kamil.

Selain itu para penyokong Anwar juga kena ingat. Kemalangan yang menimpa Anwar kini, beliau didakwa dan perbicaraannya sengaja didedahkan demikian rupa, adalah disebabkan para penyokong juga. Penyokonglah menjadikan Anwar begitu. Sekiranya penyokong tidak menjadi Anwar sebagai kandil, cahaya Anwar tidak akan menyala kemudian menyilaukan ke dalam mata musuh yang akhirnya mereka berusaha menghembuskan kandil berkenaan. Jadi para penyokong harus bertanggungjawab dan tak usah menyesal dengan apa yang berlaku.

Siapa kata si peliwat (kalau benar) tidak akan dapat masuk syurga, kalau kita membenci Anwar kerana ia menjauhkan penyokongnya dengan syurga! Kalau Anwar telah melalui segala hukuman, penbersihan (taubat) dosa-dosanya dia tetap juga berhak ke syurga. Yang belum bersih diri dan hati ini kita semua yang prejudis atas apa yang berlaku.

Saya tidak mahu bertanya banyak dalam soal ini kecuali dua persoalan saja yang sangat simple. Pertama apakah si pembacuh kopi itu merasakan dia akan suci dengan apa yang beliau lakukan – membawa Anwar ke mahkamah dan dengan kesucian itu menjaminya diredhai Allah? Apakah dia fikir hanya dengan cara itu saja dia kembali suci? Dan segala-gala kemuliaannya akan kembali semula apabila Anwar dihukum?

Dan kedua, siapa kita untuk membenci dan menghina Anwar dengan kejadian itu. Apakah kita boleh mengakui kita lebih bersih, beriman, mendekati diri dengan Tuhan berbanding dengan Anwar. Sesiapa pun tidak dapat menentukan nasibnya. Hanya pada saat-saat menghadapi sakaratulmaut saja yang akan menentukan apakah seseorang itu muslim atau menjadi kafir.

Dalam hal ini apakah semua pemimpin lain yang galak bercakap dan berkicau mereka realtif bersih, suci dan mulia dari Anwar. Tidak semestinya kerana mereka tidak diseret ke mahkamah atas tuduhan liwat maka mereka lebih bersih dan maksum dari Anwar. Semua kita yang hidup segenarasi dengan pemimpin hari ini tahu tinggi mana longgokkan dosa dan noda dan serendah mana telaha iman mereka! [d'kota kl 7:15 pm 06/02/10]

http://msomelayu.blogspot.com/



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Betul ke ramai penyokong DSAI dah marah dengannya?
    Penulis kata DSN juga turut sedih dengan apa yang berlaku kerana DSAI bekas bos dia. Saya tak pernah baca ulasan ini. Saya juga tak tahu tokoh PKR mana yang keluar ekoran pen- dakwaan kes liwat 2 ini.
    Yang saya tahu:
    23hb Jun 2008 DSAI baru balek dari UMRAH
    25hb Jun 2008 Saifol jumpa SAC1 Rodwan dihotel
    26hb Jun 2008 DSAI meliwat Saifol
    28hb Jun 2008 Saifol ke hospital & laporan polis
    Anda boleh membuat analisis sendiri dari peristiwa di atas. Ini belum dikira perjumpaan Saifol dengan DSN dan kuncunya.
    Saya rasa tak ada kaitan tajuk siapa lebih mulia dan kurang mulia.
    Kita hanya mahu KEADILAN ILAHI DITEGAKKAN. Kita mahu petualang akan insaf dan bertaubat.
    Kita tidak kehilangan DSAI takdirnya beliau di sabitkan dengan tuduhan rekaan yang jahat ini. Banyak option kita boleh pertimbangkan asalkan saja diruntuhkan Kerajaan Zalim pada PRU13 nanti:
    a) Pilih pengganti DSAi untuk memimpin PR dari TGNA, TGHH, Tengku Razaleigh Hamzah atau sesiapa juga dari PKR yang terkanan. Maaf kerana DAP tak tersenarai. Itu perlembagaan.
    b) DSAI sekiranya pada masa itu telah gagal rayuan di Mahkamah Persekutuan, maka PM dari PR boleh membuat representasi kepada DYMM Agong atau Majlis Raja-Raja untuk pengampunan. Tapi yang lebih relistiknya, buka kes semula berdasarkan ada bukti baru.

    Bagi aku yang penting sekarang ialah korang mesti SOLID sokong PR untuk menguasai PUTRAJAYA
    pada PRU13.

    Wallah huaklam.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...