Sedikit gambar untuk dikongsi bersama,sekitar ceramah politik isu-isu semasa dan kes fitnah II DSAI, bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pekan Jeniang, Kedah pada 21 Feb 2010 yang lalu.
Penceramah yang hadir ialah DSAI, YAB DS Ustaz Azizan Razak, YB N. Gobalakrishnan, YB Tan Chow Kang, Tuan Dr, Mohd Nur Monutty dan Dr. Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang.
Ustaz Azizan
JENIANG, 22 Feb - Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.
"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.
"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.
Berita penuh sila baca di sini
darisungaiderhaka.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...