Fansurina Abdullah
Sebarang perarakan sambutan keagamaan menggunakan jalan raya boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam dan menyusahkan pengguna beragama lain yang tidak terlibat dalam upacara itu.
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, perarakan ini bukan amalan pada zaman Rasulullah dan mencadangkan sebarang bentuk perarakan menggunakan jalan raya perlu dihenti.
"Saya mencadangkan semua bentuk perarakan yang menggunakan jalan raya awam dan hendaklah dihentikan. Termasuk Deepavali, Thaipusam ataupun Maulidur Rasul.
"Jalan raya ini ialah digunakan orang kerana ada urusan tertentu dan bukan semua agama berkongsi dengan kita. Bila kita guna jalan raya lain dari tujuan pengangkutan, mahu berarak, ia mungkin mengganggu urusan orang.
"Ia mengganggu pengguna yang mahu ke suatu tempat, melawat orang sakit, membazir minyak orang ramai dan seumpamanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mengulas berhubung isu perarakan Maulidur Rasul yang menjadi kontroversi, baru-baru ini.
Asri berkata, perarakan seumpama itu juga tidak pernah disuruh oleh Rasulullah sehingga mengganggu urusan orang lain.
Beliau juga mencadangkan supaya sambutan keagamaan selepas ini hanya dilakukan di rumah ibadat masing-masing.
Katanya, jika sambutan Maulidur Rasul tidak membuat amalan baru yang tiada dalam Islam, maka ia tidak dianggap salah kerana ia bukan wajib dan bukan sunnah.
"Jika sambutan itu tidak mencetuskan apa-apa reka bentuk ibadat yang baru, umpamanya tak ada sembahyang khusus Maulidur Rasul, bacaan khusus Maulidur Rasul, maka tidak dianggap mengada-adakan ibadat baru dalam Islam.
"Jika sambutan itu sekadar untuk menceritakan tentang sirah, menceritakan tentang perjuangan dan seumpamanya, dengan kadar-kadar itu tidak menjadi masalahlah," katanya.
tvs
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Betul tu-dlm perayaan hindu -sampai high way pun -jam gila- juga di kota-kota kecil sampai -terpaksa tunggu lama-lama.
BalasPadamTerlebih emosi kerana hendak tengok Tuhan dan hendak usung tuhan.
Perarakan sesini =kesana ramai-rama -masa tuu penuh masjid.masa sembahyang tiada kelihatan..
emosi aje......
kita kenang di Masjid aje sudahlah.
Hendak tunjuk kat sapa..iman kita.
Kalau orang cina juga buat perkara yang sama,mcm mana...lagi bising lak..tung ting tung ting..
susah org ramai lalu lalang.